KEMAHIRAN BELAJAR
A. KEMAHIRAN MENDENGAR
- Kemahiran mendengar ialah proses komunikasi antara manusia yang melibatkan kefahaman dan memproses maklumat yang didengar.
- Mengapa perlu mendengar?
- untuk mendapatkan maklumat, fakta, data dan pengetahuan.
- Menghayati bahasa dan alunan muzik.
- Mengetahui perkembangan semasa yang berlaku.
- Mendengar penjelasan dan maklumat yang disampaikan oleh guru.
- Mendengar dengan berkesan ialah mendengar dengan penuh teliti dan prihatin. Kita juga perlu mendengar dalam keadaan yang tenang agar proses pendengaran menjadi berkesan.
- Meningkatkan kemahiran mendengar :
- memberi sepenuh tumpuan dan perhatian
- memandang tepat ke arah guru
- menumpukan perhatian terhadap apa yang diperkatakan dan ditulis
KEMAHIRAN MEMBACA
- Kemahiran membaca penting dalam proses mendapatkan maklumat , pengetahuan dan fakta mengenai sesuatu perkara.
- Membaca ialah proses yang kompleks iaitu melibatkan komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui apa yang dibaca.
- Terdapat empat jeis gaya bacaan iaitu:
- LUNCURAN (SKIMMING)
- Proses mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan dan maklumat.
- Tujuannya ialah bagi mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh terhadap sesuatu bahan. Selain itu, membaca gaya luncuran ialah merupakan pandangan umum mengenai dokumen dengan segera.
- Cara bacaan luncuran :-
-menggunakan pergerakan mata yang cepat semasa menulis.
-memberi sepenuh tumpuan terhadap bahan.
2. IMBASAN (SCANNING)
- Bertujuan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam daripada bacaan.
- Bacaan gaya imbasan bertujuan untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan.
- Bagaimana membaca gaya imbasan?
-mencatat kata kunci dan konsep yang dinyatakan.
-memberi perhatian kepada rajah yang dan grafik.
3. BACAAN INTENSIF
- Membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci.
- Bacaan intensif memerlukan tumpuan, ketekunan, masa yang lebih panjang untuk mendapatkan makna.
- Membaca intensif bertujuan untuk mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan perlu dibuat untuk mengumpulkan maklumat.
4. BACAAN LAJU
- Memerlukan kebolehan laju membaca dan kefahaman serentak.
- Hal ini bertujuan agar dapat menggunakan masa terhad dengan lebih produktif, menjimatkan masa, dan memperoleh maklumat tambahan dalam kadar yang cepat.
a. Menumpukan pemerhatian kepada isi utama atau idea utama yang dibuat dengan bacaan cepat seluruh buku, bab, bahagian dan perenggan.
b. Mengesan isu utama dengan melihat tulisan tebal, perkataan condong dan rangkai kata awalan.
c. Penjelasan isu utama diperoleh daripada grafik seperti jadual, graf dan sebagainya.
d. Mengingat maklumat yang dibaca dengan mengingat isi kandungan terlebih dahulu dan mencatat nota bagi membaca pembaca berfikir.
e. Bijak mengaplikasi bahan yang dibaca.
KEMAHIRAN MENCATAT NOTA
- Kemahiran mencatat nota ialah merekod isi-isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat dan didengar.
- Kita mencatat nota ketika membaca buku, kuliah dan mendengar ceramah.
- Mencatat isi utama sebagai rujukan.
- Isi penting dapat dikembangkan kepada fakta asas.
- Catatan yang dikumpul sebagai rujukan tambahan.
- Beri perhatian pada maklumat
- Maklumat diplih dan ditafsir sebelum dicatat
- Baca dan susun semula catatan
- Catatan nota dibuat dalam bentuk grafik seperti anak panah
- Mempunyai rangka kasar
- Catatan terang dan mudah dibaca
- Menggunakan kata kunci dan simbol serta singkatan
- Mempunyai lakaran grafik
- Nota disemak semula agar tidak tercicir isi penting
KEMAHIRAN MENULIS
(i) Menulis laporan
Panduan menulis laporan :
- Memilih topik
- Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
- Memilih maklumat yang relevan dengan topik
- Membuat nota
- Menyediakan rangka dan menulis draf
- Melengkapkan laporan dengan jadual dan bahan grafik
- Menyemak dan melakukan pemurnian
- Menerbitkan laporan
Kemahiran menulis cepat
- Kemahiran menulis cepat ialh menulis dengan pantas dan tulisan dapat dibaca oleh orang lain.
- Unsur dalam menulis cepat ialah kelajuan menulis, tulisan boleh dibaca dan kandungan difahami.
- Hal ini bertujuan agar maklumat dapat dicatat dan menjimatkan masa
- Syarat menulis cepat :
- Mempunyai banyak maklumat dan fakta dalam ingatan
- Murid boleh mengingat kembali fakta dengan cepat
- Menyediakan alat tulis yang sempurna seperti mata pensel yang tajam
KEMAHIRAN MENGINGAT
- Mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan lihat yang baik.
- Kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku lama.
- Jenis ingatan :
(ii) Ingatan jangka panjang - maklumat kekal dalam ingatan
4. Proses dalam ingatan
- mendaftar maklumat hingga boleh dikekalkan dalam ingatan (encoding)
- menyimpan maklumat
- mengingat kembali maklumat (decoding)
5. Cara mengingat :
- mereka cerita
- mencipta irama dan lagu
- membuat lakonan
- mencipta akronim seperti MARA ( Majlis Amanah Rakyat)
- melakar grafik dan ilustrasi
- mengulang
- melatih tubi
No comments:
Post a Comment