TIPS UNTUK BERJAYA
KEMAHIRAN MENYOAL DALAM PROSES PEMBELAJARAN.
Bertanya ditakrifkan sebagai satu aktiviti pembelajaran yang dilakukan oleh orang belum, tidak tahu atau kurang pengetahuan terhadap sesuatu perkara. Aktiviti bertanya berlaku apabila sesuatu konsep yang kurang difahami. Untuk mendapatkan penjelasan dan sesuatu keterangan dan untuk mendapatkan kepastian. Pelajar yang sering bertanya akan mendapat banyak maklumat. Faedah yang boleh diperolehi adalah seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;
"Terdapat empat (4) faedah dan kebaikan bertanya, pertama kepada tukang tanya, kedua kepada orang yang kena tanya, ketiga kepada orang yang mendengar dan keempat kepada orang yang suka kepada tiga golongan orang di atas"
(Abu Naim)
Sesuatu pertanyaan itu mestilah dilakukan pada tempat, keadaan, cara dan masa yang sesuai dan betul. Ini perlu dilakukan supaya pertanyaan itu dapat difahami dan diterima, difahami oleh guru serta tidak mendatangkan kesan yang buruk. Terdapat beberapa tempat atau kaedah yang dicadangkan untuk bertanya, antaranya adalah seperti berikut.
Mengetahui tabiat seorang pengajar.
Pengajaran yang diberikan kurang jelas.
Bertanya terus kepada guru.
Tidak meliputi tajuk-tajuk atau perkara yang tidak berkenaan.
Menghadiri Pengajaran Di dalam Kelas.
Aktiviti pendidikan di Malaysia berlaku di dalam kelas. Oleh yang demikian para pelajar dikehendaki mendengar, memahami, menulis (mencatat nota), dan mengingat semua maklumat yang disampaikan oleh guru. Dalam proses pembelajaran dalam kelas, beberapa amalan perlu diketahui oleh pelajar. Di antara amalan itu termasuklah;
Mengetahui tajuk yang akan diajar.
Membaca sepintas lalu mengenai tajuk tersebut.
Membuat nota ringkas dan
Membawa nota-nota ringkas berkenaan di dalam kelas.
Terdapat beberapa adab atau peraturan ketika menghadiri kelas iaitu
Meminta restu daripada ibu bapa.
Memulakan dengan bacaan Bismillah ….,
Berdoa memohon berkat ketika melangkah ke sekolah
Datang lebih awal, masuk ke kelas dengan ucapan salam
Duduk di hadapan kelas
Menyediakan peralatan belajar dengan selengkapnya
Menumpukan perhatian dengan fikiran yang tenang
Membuat dan mencatat nota tambahan
Bertanya guru jika terdapat keraguan dan
Semak semula nota yang dicatat apabila kelas telah selesai.
KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN
Teknik membuat rujukan ini akan membantu para pelajar mengenalpasti sumber-sumber lain selain daripada buku teks seperti dengan cara bertemu, bertanya dan berbincang dengan orang yang lebih arif. Sesuai sekali dengan firman Allah yang bermaksud;
"Bertanyalah kamu kepada ahli-ahli jika kamu tidak mengetahui"
(Al-Nahl: 43)
Tujuan utama aktiviti membuat rujukan ini ialah untuk melengkapkan dan menambahkan fakta yang diperolehi daripada proses pengajaran guru. Ia juga bertujuan meluaskan lagi pengetahuan yang sedang dan telah dipelajari.
Beberapa faedah telah dikenalpasti yang boleh diperolehi di antaranya ialah;
Dapat menambah dan melengkapkan fakta tentang sesuatu tajuk.
Menambahkan kefahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu sepertikonsep, contoh, masalah, formula dan sebagainya
Dapat membetulkan mana-mana fakta atau konsep yang tersalah catat
Dapat meningkatkan motivasi dan minat serta daya tarikan terhadap pelajaran
Dapat menjamin meningkatkan hasil laporan, laporan projek dan sebagainya.
KEMAHIRAN BELAJAR SECARA BERKUMPULAN.
Belajar secara berkumpulan merupakan satu aktiviti yang sangat digalakkan. Dalam aktiviti ini para pelajar digalakkan bertukar-tukar fikiran dan saling bantu-membantu. Tuntutan adalah selaras dengan firman Allah yang bermaksud; "Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk kebajikan dan bertaqwa dan jangan bertong-tolong pada melakukan dosa dan kemungkaran"
(Al-Maidah: 2)
Beberapa panduan dalam melakukan aktiviti belajar secara berkumpulan. Panduan tersebut adalah seperti berikut;
Bentuk kumpulan seramai 5 – 10 orang.
setiap kumpulan perlu mempunyai ketua.
Lantiklah seorang pencatat.
Tetapkan satu tarikh pertemuan yang telah dipersetujui bersama
Tetapkan tajuk yang akan dibincangkan lebih awal.
Lakukan aktiviti pembelajaran ditempat yang sesuai.
Sediakan peralatan secukupnya dan
Duduklah dalam bulatan ketika memulakan perbincangan.
Terdapat juga tatacara yang perlu dilakukan seperti;
Ahli mesti patuh kepada ketua yang dilantik.
Ahli mesti membuat sedikit persediaan terhadap tajuk yang akan dibincangkan.
Hadkan masa yang digunakan.
Mendengar dan memberi pendapat dengan baik.
Lakukan penilaian terhadap pencapaian pembelajaran dan
Ahli digalakkan menyalin fakta yang telah disampaikan.
Banyak faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti belajar secara berkumpulan seperti;
Dapat menjimatkan masa.
Dapat mengumpulkan isi dengan lebih banyak.
Dapat meningkatkan minat dan motivasi terhadap pelajaran.
Dapat mengelakkan rasa jemu dan bosan.
Dapat mengelakkan rasa mengantuk.
Dapat mengurangkan rasa malas belajar.
Dapat memupuk rasa setiakawan.
Dapat menambah, mengingat dan mengembangkan ilmu secara berkesan.
TEKNIK-TEKNIK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Sepatutnya anda dapat dikatakan pakar dalam hal ini, kerana kekerapan anda mengambil peperiksaan semenjak kecil lagi. Namun begitu , anda mungkin lupa sesuatu, ataupun tidak tahu teknik-teknik yang dapat membantu kecekapan anda. Berikut beberapa panduan dan teknik yang dapat mengurangkan ketegangan menghadapi peperiksaan.
PERSIAPAN.
Persiapan pada sebelum malam peperiksaan.
Pelajar-pelajar suka belajar hingga larut malam terutama sekali pada malam sebelum peperiksaan. Sepatutnya amalan ini ditinggalkan dan sebaliknya anda cuba berehat. Tidur awal membolehkan anda berasa tenang dan bertenaga semasa menghadapi peperiksaan pada keesokannya harinya.
Tanamkan azam dan semangat berjaya dan ini dapat diperkuatkan sekiranya anda telah mematuhi strategi belajar yang bermula pada awal semester. Letakkan (gambar) di dinding dengan tulisan seperti ‘Anda Boleg Berjaya1' atau ‘You Can Do It'.
Kurangkan meminum minuman the dan kopi. Jangan gunakan dadah perangsang seperti Amfetamin atau ‘Pep Pills' yang senang disalahgunakan oleh pelajar semasa hendak mengambil peperiksaan.
Kumpulkan semua barang yang perlu dibawa ke dewan peperiksaan seperti beberapa batang pensil, pen, pemadam atau tip-ex, kad metrik atau kad pengenalan dan sebagainya.
PAGI HARI PEPERIKSAAN
Pastikan anda makan sarapan yang mencukupi kerana anda memerlukan tenaga mental dan fizikal sepanjang hari.
Sekiranya anda perlu pengangkutan untuk ke dewan peperiksaan, anggarkan masa yang diperlukan, supaya anda tidak lewat.
Apabila sampai ke dewan peperiksaan anda akan melihat keadaan seperti ini: Ada pelajar yang masih sedang menyemak nota, ada yang sedang berbincang dan ada yang bergelak ketawa antara mereka. Ada baiknya anda menjauhkan diri daripada mereka supaya anda tidak merasa panik. Misalnya, apabila berbual mungkin anda mendapati bahawa anda terlupa belajar sesuatu dan ini akan menakutkan anda. Kalau perlu dan kalau ada masa, belek nota-nota supaya segala yang dipelajari segar dalam ingatan.
Apabila dibenarkan masuk ke dalam dewan, tentukan bahawa tempat duduk anda memuaskan. Adakah tempat itu terlalu sejuk atau terlalu panas? Bagaimana dengan cahaya lampu? Adakah meja tulis dan kerusi sesuai?
HARI PEPERIKSAAN
* Tindakan berikut perlu anda jalankan pada hari peperiksaan
Pastikan pusat, bangunan dan lokasi peperiksaan. Aktiviti ini sangat penting bagi calon persendirian terutama yang menduduki satu peperiksaan sahaja.
Semak peraturan peperiksaan sama ada peraturan umum atau khas.
Sampai ke pusat peperiksaan awal supaya jangan terburu-buru.
Baca dengan teliti format dan arahan kertas peperiksaan.
Pilih soalan yang terbail untuk dijawab. Beberapa soalan yang boleh dijawab dengan baik iaitu boleh memberikan banyak markah perlu dipilih sebelum menjawab.
Tulis dengan jelas dan cepat
Peruntukan masa bagi setiap jawapan perlu dikawal.
Masa menulis perlu digunakan dengan sepenuhnaya.
Jangan tinggalkan dewan peperiksaan sebelum kertas jawapan dipungut oleh para pengawas peperiksaan.
BUNTU FIKIRAN/TEKANAN FIZIKAL DAN PSIKOLOGIKAL PADA MUSIM PEPERIKSAAN.
Ia boleh diatasi dengan pencegahan
Ia boleh disebabkan oleh kurang persediaan, ulangan atau ualangkaji
Jalankan kegiatan ulangan tiap-tiap hari dan minggu.
Pelajar dinasihatkan supaya jangan gementar
Bernafas panjang dan dalam
Bersantai iaitu berehat
Cuba ingatkan baik dengan mengingati fakta yang berkaitan dengan fakta yang dilupai – cuba cari pertaliannya.
Rujuk balik kepada nota (bukan semasa peperiksaan)
Akibat kurang tidur, atau salah makan
Jalankan senaman ringan untuk mengurangkan ketegangan.
KELETIHAN FIZIKAL DAN CARA MENGATASINYA
Jaga masa tidur.
Rehatkan tangan, mata dan otot-otot semasa menjawab soalan sekali sekala.
Ambil angin sebentar
Basuh muka dengan air sejuk
MASALAH SEMASA PEPERIKSAAN
SERANGAN GEMENTAR DAN CARA MENGATASINYA
Persediaan lebih awal
Kawalan mental melalui latihan
Kawalan fizikal melalui latihan
Bersantai – mental/fizikal
Cuba berhentikan rasa gementar dengan menggenggam tangan
Kawal nafas , cuba bertenang. Kurangkan kecepatan bernafas.
Rehatkan fikiran
Gantikan fikiran cemas dan tegang dengan positif
Hindarkan mengingati pemikiran yang menyebabkan panik
MAKLUMAT PEPERIKSAAN
Nama pusat peperiksaan
Nombor pusat
Angka giliran
Lokasi tempat
Keadaan fizikal bilik/kawasan
Kenderaan
Sistem peperiksaan (syarat untuk lulus)
MAKLUMAT TENTANG KERTAS.
Nombor kertas
Tarikh
Masa
Sesi/Bahagian kertas
Arahan spesifik
Format
DOA DAN SEMBAHYANG SUNAT UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Sembahyang hajat
Doa keluar rumah
Doa naik kenderaan
Doa apabila menemui sesuatu yang sukar
Doa apabila hati menghadapi kesedihan
Doa apabila terkena kesedihan hati
Doa aneka macam kesusahan
HARI PEPERIKSAAN
Ulang pelajaran
Tidur awal
Doa sebelum tidur
Sembahyang fardu/sunat selepas bangun
Sampai awal di pusat peperiksaan.
TEKNIK MENJAWAB
Panduan Umum
Jawab soalan yang boleh dijawab dahulu
Pilih soalan yang boleh dijawab dengan baik dahulu
Tinggal dahulu soalan yang sukar
Baca soalan dengan tenang dan jangan gopoh
Rancang jawapan (lakar jawapan)a
2.Ujian Objektif
Baca arahan dengan teliti
Baca dengan cepat semua soalan dahulu
Jawab dengan cepat yang pasti betul jawapannya
Balik kepada soalan-soalan yang belum berjawab. Analisa soalan-soalan yang sukar untuk mendapatkan perkataan kunci atau bayangan (clue)
Baca beberapa kali
Pilih dan buang jawapan yang tidak tepat/rapat dengan soalan.
Jangan terus ketepikan jawapan "semuanya di atas" atau "bukan di atas"
Pilih jawapan "semuanya di atas" apabila semua pilihan jawapan betul.
Baca jawapan untuk memahami soalan
Padankan soalan dengan setiap jawapan cara berasingan. Ini mungkin boleh menolong mendapatkan jawapan yang baik/tepat walaupun ia tidak merupakan yang setepatnya. Ini lebih baik daripada cuba mengagak saja.
Olah balik soalan suapaya senang difahami. Cari contoh-contoh yang boleh menambah kefahaman kita terhadap soalan. Baca balik soalan asal dan cuba dapatkan jawapan yang setepat mungkin.
Gunakan maklumat/pengetahuan yang ada dalam soalan dan jawapan yang lain
Cuba teka adalah usaha terakhir
Semak jawapan
No comments:
Post a Comment