1. Mulakan
pembelajaran pada awal pagi.
Cuba
bangun pada awal pagi untuk mengulang kaji pelajaran. Awal pagi merupakan waktu
yang paling sesuai kerana badan berasa segar dan dapat menumpukan sepenuh
perhatian terhadap apa yang dibaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang
kental terhadap pelajaran dan mulakan hari dengan azam untuk berjaya.
2. Membuat
jadual waktu
Aturkan
jadual waktu yang sepenuhnya iaitu dengan mengatur masa bagi setiap aktiviti
yang hendak dilakukan pada hari tertentu. Jadual yang dibuat tersebut hendaklah
dipatuhi tanpa syarat dan jangan membuat jadual mengikut perasaan. Peruntukan
masa yang sewajarnya untuk belajar dan jadual tersebut juga hendaklah mempunyai
aktiviti riadah agar badan kekal sihat.
3. Membuat
soalan-soalan latihan yang lepas
Pastikan
setelah selesai melakukan ulang kaji atau proses pembelajaran, hendaklah
menjawab contoh-contoh soalan. Biasakan diri untuk mencuba menjawab soalan yang
sering keluar dalam peperiksaan agar kita memahami corak soalan yang sering
ditanya dalam peperiksaan.
4. Sentiasa
mengulang kaji pelajaran meskipun tajuk yang sama.
Fakta
atau bahan yang dibaca harus diulang sebanyak yang mungkin tanpa had. Anda
boleh mengulangi sebanyak yang mungkin agar apa yang kita baca benar-benar kita
fahami. Apabila ditanya dalam peperiksaan, anda akan mempunyai keyakinan diri
untuk menjawab soalan yang diajukan dengan betul.
5. Jangan
malu bertanya sekiranya tidak faham
Sekiranya
tidak faham, pergi berjumpa dengan guru untuk bertanya tentang permasalahan
yang dihadapi dalam pelajaran terutamanya dalam mata pelajaran matematik.
Meskipun sudah faham, anda masih boleh bertanya bagi menguatkan kefahaman.
6. Beri
fokus kepada mata pelajaran yang lemah.
Jika
lemah dalam sesuatu dalam mata pelajaran peruntukan masa yang lebih untuk
mengulang kaji dalam mata pelajaran tersebut. Elakkan memilih mata pelajaran
yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang tidak disukai. Buat tanda atau
simbol pada sesuatu tajuk atau bab yang tidak difahami. Jangan tinggalkan terus
bab tersebut buku. Sebaliknya jika anda
berkemampuan tidak salah membeli buku.
7. Bijak
mengimbangi masa belajar dengan aktiviti kokurikulum.
Jika
anda berada dalam tahun peperiksaan, janganlah terlalu menumpukan dan
melibatkan diri secara aktif dalam bidang kokurikulum. Anda hendaklah bijak
mengatur masa. Anda hendaklah mempunyai masa ulang kaji yang cukup di rumah
iaitu dalam lingkungan 5 hingga 6 jam bagi yang hendak menduduki Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM).
No comments:
Post a Comment