Kemahiran Membaca
Membaca ialah proses berfikir yang melibatkan
pemikiran perkara tersurat, tersirat, menghubungkaitkan idea, menyoal dan
bertindak balas dengan memberikan idea dan mengaplikasikan maklumat baru ke
dalam situasi baru.
Kemahiran yang digunakan semasa membaca
1. Sebelum
membaca
Ø Menentukan
bahan yang dibaca
Ø Menentukan
cara bahan disusun
Ø Menentukan
perkara yang perlu diingat dalam sesuatu bahan
Ø Tujuan
membaca
2. Semasa
membaca
Ø Mengenal
pasti isi-isi penting
Ø Mengenal
pasti pola pemikiran penulis
Ø Menghubungkaitkan
idea-idea
Ø Meramal
apa yang berlaku
Ø Menghubungkan
idea penulis dengan maklumat yang sudah diketahui
3. Selepas
membaca
Ø Mengenal
pasti tujuan penulis
Ø Menganalisis
teknik dan bahasa penulis
Ø Menilai
kewibawaan dan kecekapan penulis
Ø Menyoal
soalan kritis
Ø Menilai
sifat dan jenis bukti yang digunakan oleh penulis
Saniah Sayuto et al. (2000) menyatakan kemahiran membaca
terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu :
(a) Bacaan
secara pantas
(i)
Skimming
-
Skimming ialah kemahiran membaca untuk
mendapatkan maklumat ringkas dan padat tentang sesuatu bahan atau maklumat.
Cara ini bertujuan bagi mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh tentang
sesuatu bahan atau dokumen.
-
Skimming merupakan satu bentuk kemahiran
membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan atau idea utama dalam sesuatu
bahan
(ii)
Scanning
-
Imbasan ialah kemahiran bahasa yang
digunakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada skimming.
-
Bacaan secara imbasan dilakukan
bertujuan bagi mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu
persoalan.
-
Membaca secara imbasan ialah membaca
pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam, membaca kandungan bab dengan
pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep.
(b) Bacaan
secara kritis
(i)
KWLH
·
Bacaan intensif ialah kemahiran membaca
untuk mendapatkan maklumat terperinci dan ia sangat memerlukan penumpuan yang
teliti terhadap bahan atau dokumen yang dibaca.
·
Model bacaan ini mampu untuk menjana
pemikiran pelajar yang aktif ketika membaca.
·
K (know) – Apa yang diketahui
·
W (what) – Apa yang hendak diketahui
·
L (learned) – Apa yang hendak dipelajari
semasa membaca bahan bacaan
·
H (how) – Tambahan maklumat berkenaan
tajuk yang diajar
·
Juga melibatkan pelajar untuk meninjau
apa yang telah diketahui, apa yang akan diketahui, apa yang sudah dipelajari selepas
membaca dan bagaimana perkara-perkara tambahan yang ingin diketahui dapat
dipelajari.
(ii)
SQ3R
·
S (survey) – Baca sepintas lalu
·
Q (question) – Menyoal
·
R (read) – Membaca
·
R (recite) – Menyebut semula
·
R (review) – Menyemak
·
Tindakan bacaan ini meminta pelajar
membuat analisis mendalam tentang bahan yang dibaca. Teknik SQ3R sangat
berkesan dalam pembelajaran bahasa.
·
Langkah-langkah membaca menggunakan
teknik membaca SQ3R ialah :
i.
Lihat tajuk utama sepintas lalu bagi
melihat idea keseluruhan
ii.
Tukarkan tajuk menjadi soalan.
iii.
Baca keseluruhan bahagian bagi
mendapatkan jawapan.
iv.
Selepas membaca petikan, susun idea dan
isi penting dengan bimbingan guru.
v.
Menyebut tajuk utama bagi setiap
bahagian, perenggan melalui ingatan bagi menjawab soalan.
Panduan bagi mendapatkan kesan pembacaan
yang minimum
1. Membaca
dengan berhati-hati.
2. Membaca
secara menyeluruh.
3. Membaca
secara berulang-ulang.
4. Membaca
dalam suasana yang selesa.
5. Berada
dalam keadaan yang selesa.
6. Baca
secara berperingkat.
No comments:
Post a Comment