Showing posts with label alat-alat berfikir. Show all posts
Showing posts with label alat-alat berfikir. Show all posts

Tuesday, 1 October 2013

ALAT-ALAT BERFIKIR BAHAGIAN 2

SOALAN BERCAPAH

  • Aras tinggi
  • Jawapan atau respons luas
  • Bersifat terbuka
  • Lebih bersifat subjektif
  • Sesuai menguji penaakulan dan pentaksiran
SOALAN BERTUMPU
  • Aras rendah
  • Jawapan atau respons terhad
  • Bentuk tertutup
  • Sesuai menguji daya ingatan
  • Lebih bersifat objektif
LINGKARAN SOALAN
  • Soalan jenis ini telah diperkenalakanoleh Christenbury dan Kelly (1983) dan telah diperkenalkan di Malaysia oleh William W. Wilen pada 1994.
  • Lingkaran soalan memberi tumpuan kepada tiga skop khusus Perkara (P), Individu (I), Luar Individu (LI).
SOALAN SOCRATES
  • Deep question dan perbincangan Socrates.
  • Pemikiran pelajardicabar dan diperkembang.
ARAS-ARAS PENYOALAN MENGIKUT 'TAKSONOMI BLOOM'
  1. Pengetahuan - ingat fakta dan definisi
  2. Kefahaman - terangkan idea yang telah difahami
  3. Aplikasi - guna kemahiran dan pengetahuan untuk situasi baru
  4. Analisis - asingkan yang besar kepada yang kecil
  5. Sintesis - gabungkan unsur dan perkara untuk menghasilkan hasilan yang baru
  6. Penilaian - buat pemilihan, rasional, keputusan serta beri alasan dan lain-lain.
ALAT BERFIKIR CORT 1
Alat berfikir cort (Cognitive Research Trust) telah mula diperkenalkan oleh Edward De Bono.
Alat berfikir telah terbahagi kepada 6 bahagian iaitu :
1. Keluasan persepsi
2. Organisasi proses berfikir
3. Pemikiran kritis
4. Pemikiran kreatif
5. Maklumat dan perasaan 
6. Tindakan
TEKNIK-TEKNIK CoRT : 
  1. PMI ( Plus Minus Interesting )
       -Baik, buruk, menarik
       -Meluaskan pandangan orang lain
       -Berfikir tentang kebaikan, kelemahan dan perkara menarik tentang sesuatu perkara.
      
     2. CAT ( Consider All Factors)
       -Ambil kira semua faktor
       -Keputusan yang dibuat akan mempengaruhi individu dan persekitaran

     3. C & S ( Consequences & Sequal )
        -Kesan mengikut jangka masa
        -Kaji akibat kesan-kesan tertentu

     4. AGO ( Aim Goal Objective )
       -Tujuan matlamat6 objektif
       -Tentukan hala tuju, fokus, matlamat utama dan elakkan penyelewengan

     5. FIP ( First Important Priorities)
        -Kepentingan Utama
        - Kenal pasti keutamaan yang memerlukan tindakan

     6. OPV ( Other People View )
       -Pandangan Orang Lain
       -Pentingkan pandangan dan pendapat orang lain
       -kaji kesan terhadap orang lain

Sunday, 29 September 2013

ALAT-ALAT BERFIKIR BAHAGIAN 1

1. PENGURUSAN GRAFIK
Pengurusan grafik merupakan salah satu bentuk lakaran ata ilustrasi yang dapat membantu mengurus cara berfikir seseorang ke rah yang lebih tersusun dan mantap.Pengurusan grafik ialah satu pendekatan yang memuatkan keseluruhan ruang maklumat dalam satu lembaran kertas.Pengurusan grafik menyediakan visual, gambar yang holistik mengenai fakta dan konsep serta perkaitan keduanya.Ia juga dkenali dengan peta kognitif.
     Conto-contoh pengurusan grafik ialah :

  • Gambar Rajah Venn
  • Carta
  • Graf
  • Peta minda
  • Jadual Matrik Grid Gaya Pengurusan
  •  Rajah Lingkaran
Tujuan Penggunaan Pengurusan Grafik ialah :
  1. pengurusan grafik dapat membantu pengajaran dan pembelajaran kepada kaedah yang lebih berkesan.
  2. dapat membantu merancang dan menyusun idea pelajar yang ingin membuat persembahan sesuatu projek secara berkumpulan.
  3. dapat meningkatkan kemahiran komunikasi seseorang. Penggunaan pengurusan grafik secara terancang dan bertepatan dengan objektifpengajaran dapat memaksimumkan kemahiran komunikasi guru dan pelajar.
  4. dapat mengenal pasti proses pemikiran kendiri seseorang.
  5. Boleh dijadikan alat bahan bantu mengajar.
2. PETA MINDA
   Tony Buzan (1984) telah memperkenalkan peta minda dan berpendapat peta minda sangat berkesan sebagai suatu alat untuk mencatat nota ringkas.
  Carol et al (2000) pula mengatakan bahawa peta minda merupakan suatu alat kemahiran berfikir yang dapat mengorgaisasi maklumat, berupaya membantu pelajar memahami objektif dan konsep dengan jelas.
   Penggunaan peta minda dapat membolehkan seseorang menggabungkan fungsi otak kiri dengan bahagian otak kanan. Dengan menggunakan peta minda, daya ingatan akan dapat dipertingkatkan. Pembelajaran secara hafalan dapat digabungkan dengan peta minda dan justeru dapat menjana pemikiran kreatif dan kritis.
    Guru akan dapat membantu guru dalam perancang proses pengajaran dan pembelajaran.
3. SOALAN-PENYOALAN
  Bloom (1979) telah mengemukakan satu taksonomi kemahiran kognitif yang terdiri daripada enam hierarki soalan yang menggalakkan pelajar berfikir seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
  • Jenis dan bentuk soalan
     -Soalan yang berdasarkan kata tanya (1 husband and 4 wives)
    - Soalan bertumpu (konvergen)
    -Soalan bercapah (divergen)
    -Lingkaran soalan