Tuesday 17 December 2019

Puisi Seusai Pagi dan Sore


Paginya hujanan
Sorenya muncul pelangi di balik awan
Malamnya ku lihat bintang gemerlapan

Paginya tidak terlihat indah
Sorenya masih ada bakinya gerimis
Malamnya bulan gerhana terang

Meskipun paginya kelihatan suram
Kesedihan tidak berpanjangan
Sorenya dan malamnya pasti bahagia

Bahagia juga punya waktunya sendiri
Tidak akan pergi begitu sahaja
Pasti akan kembali seusai itu

Wednesday 20 September 2017

PUISI - ANGAN SEORANG PENGEMBALA

ANGAN SEORANG PENGGEMBALA

Aku Seorang Penggembala
Tugasku saban hari mengiringi ternakan ini
Meragut di padang rumput yang luas
Di suatu kawasan yang menjadi wadah interaksiku dengan alam
Alam sering menjadi penemanku

Aku sering berbicara dengan alam
Mengenai anganku
Pembicaraan yang tiada satu pun berbalas
Layaknya aku dilabel seperti orang gila
Ternakan itu seolah-olah mentertawakanku
Saban hari aku mencipta angan
Ingin keluar dari kongkongan hidup

Aku mempunyai angan yang besar
Mungkinkan akan tercapai
Anganku ingin menjelajah dunia
Mencari satu penghidupan yang lebih baik



NUKILAN: ANUGERAH

PUISI - MEMORI SEBUAH LUKA

MEMORI SEBUAH LUKA

Bangkit dari pembaringan
Bumi hijau yang terhampar luas
Terasa sejuk embun pagi masih terasa segar membelai pipiku
Seakan baru semalam
Memori ini sentiasa menerjah fikiranku

Semakin aku cuba untuk mengimbau memori lama
Memori duka silih berganti menghantuiku
Adakah memori duka ini selayaknya digelar memori

Memori ini mencalit seribu luka
Aku bermonolog saban hari
Bilakah bakal berakhir
Aku hanya mampu berdoa
Bukankah ada Allah sentiasa mendengar doa hambanya

Jikalau ini qada Allah bagi diriku
Aku terima dengan redha
Satu saat nanti
Hidup aku, kerabatku dan bangsaku bakal berubah jua akhirnya
Jika tidak di dunia, maka di akhirat kekal abadi tempatnya


NUKILAN : ANUGERAH

PUISI - SEORANG WANITA BERGELAR IBU

SEORANG WANITA BERGELAR IBU

Ku kenal seorang insan bergelar ibu
Sebelum ku kenal apa isi bumi
Diriku kau kandung berbulan-bulan
Biarpun kau tahu saat itu bakal menyeksamu
Tidur malam banyak terganggu
Sosok fizikal kian berubah
Namun tidak mudah bagimu menyerah kalah

Tatkala terdengar tangisan dariku
Yang kau anggap sebagai malaikat kecil
Merasa dirimu insan beruntung waktu itu

Tanpa pernah jemu dan lelah kau menyapihku
Kala usia kecilku
Tanpa pernah lalai kau perhatikanku
Kala diriku menginjak umur dewasa
Kerana bagimu akulah amanah Sang Pencipta buat dirimu

Kau akan ku sanjung seluruh hayatku
Tiada mampu bagi aku mencari pengganti
Terima kasih buat seorang wanita bergelar ibu

NUKILAN : ANUGERAH


PUISI - AYAHKU

PUISI AYAHKU
Tatkala matahari menyinsing di ufuk timur
Tatkala burung terbang keluar dari sarang
Kelihatan susuk tubuh sudah meredah embun pagi
Susuk tubuh itu sangat dikenali
Kerana itulah ayahku

Ayahku
Membanting tulang siang dan malam demi keperluan keluargamu
Di setiap keringatmu
Di setiap lelahmu
Tiada pernah keluhan kudengari

Ayahku
Pengorbanan ayah tidak mampu ku balas
Semoga penat lelahmu ini berbalas di akhirat kelak
Doaku sentiasa mengiringimu.


NUKILAN : ANUGERAH

PUISI - AYAHKU

PUISI AYAHKU
Tatkala matahari menyinsing di ufuk timur
Tatkala burung terbang keluar dari sarang
Kelihatan susuk tubuh sudah meredah embun pagi
Susuk tubuh itu sangat dikenali
Kerana itulah ayahku

Ayahku
Membanting tulang siang dan malam demi keperluan keluargamu
Di setiap keringatmu
Di setiap lelahmu
Tiada pernah keluhan kudengari

Ayahku
Pengorbanan ayah tidak mampu ku balas
Semoga penat lelahmu ini berbalas di akhirat kelak
Doaku sentiasa mengiringimu.


NUKILAN : ANUGERAH

PUISI - PELAYARAN KEHIDUPAN

PELAYARAN KEHIDUPAN

Kapal belayar tanpa nakhoda
Bagaikan hidup tanpa landasan agama
Haluanmu pelbagai tanpa memikirkan halal dan haram
Akhirnya kamu tewas dengan nafsumu sendiri

Kapal berlabuh tanpa sauhnya
Ibarat hidup tidak mempunyai pegangan yang kukuh.
Terombang-ambing dan tidak kukuh pendirianmu
Iman yang goyah memdatangkan bahana ke atasmu


Nukilan : Anugerah