Wednesday, 20 September 2017

PUISI - AYAHKU

PUISI AYAHKU
Tatkala matahari menyinsing di ufuk timur
Tatkala burung terbang keluar dari sarang
Kelihatan susuk tubuh sudah meredah embun pagi
Susuk tubuh itu sangat dikenali
Kerana itulah ayahku

Ayahku
Membanting tulang siang dan malam demi keperluan keluargamu
Di setiap keringatmu
Di setiap lelahmu
Tiada pernah keluhan kudengari

Ayahku
Pengorbanan ayah tidak mampu ku balas
Semoga penat lelahmu ini berbalas di akhirat kelak
Doaku sentiasa mengiringimu.


NUKILAN : ANUGERAH

No comments:

Post a Comment