Wednesday, 20 September 2017

JURNAL KEHIDUPAN

Prinsip aku mudah sahaja, lakukan sesuatu dengan sebaik mungkin. Bila mana kita melihat atau menghadapi kesusahan yang ada pada diri, cuba lihat kesusahan bahkan kesengsaraan yang dihadapi oleh orang lain. Jangan kita kira bahawa hidup kita tidak beruntung dan selalu sahaja malang seolah-olah Allah itu tidak pernah mendengar harapan kita. Saat diri diuji jangan begitu mudah dirimu goyah dan tersungkur.

Tidak semua orang mempunyai kehidupan yang sama.
Ada yang mudah dan ada yang sukar.
Segelintirnya pula tidak pernah menghadapi kesukaran.
Tatkala manusia itu dirundung malang atau kesusahan, kita hanya bisa lihat antara siapa yang mampu bertahan. Siapakah yang sering berdoa dan memohon pada yang Kuasa dan siapa yang hanya merintih dan mengeluh terhadap kesusahan yang menimpa dirinya.
Hiduplah seperti apa yang kita ada sekarang. Bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah. Kecantikan dan kekayaan itu tidak kekal lama bahkan ketaqwaan dan keimanan itulah yang kekal. Tak pedulilah seperti apa hidupmu, kamu selalu punya pilihan untuk melihat dari sisi baiknya atau dari sisi buruknya.

Semakin dewasa, semakin aku mengerti erti kehidupan yang sebenarnya.
Jangan mudah untuk mempersiakan hidup dengan perkara yang sia-sia.  Isilah masamu dengan sesuatu yang berharga . Adakah diri aku mampu untuk menjadi manusia yang hebat serta bisa berkorban apa sahaja demi kepentingan dan kesenangan orang lain. Sentiasa memikirkan apa yang terbaik untuk dirimu.


NUKILAN : ANUGERAH

No comments:

Post a Comment