PELANGI
Hadirmu tanpa diduga
Kau menunggu tatkala penyatuan suria dan titik-titik hujan
Bagi memunculkan diri
Warna yang ada padamu menarik kepada sesiapa sahaja yang melihat
Kehadiranmu sungguh mempesonakan
Saat itu pasti makhluk akan memuji kebesaran Tuhanku
Begitu indah ciptaan Illahi.
Namun, tempoh hadirmu hanya seketika
Kau menguburkan impian yang memandangmu
Kau pasti akan hadir lagi dan membawa pengharapan yang seterusnya.
Nukilan
: Anugerah
No comments:
Post a Comment