PENGURUSAN MASA
Harga dan kepentingan masa kepada manusia.Profesor Yusof al-Qurdhwi menyatakan bahawa: Masa merupakan harta manusia yang paling berharga. Orang yang membuang masa dengan percuma sebenarnya telah menganiaya dirinya sendiri.
Harga dan kepentingan masa kepada manusia.Profesor Yusof al-Qurdhwi menyatakan bahawa: Masa merupakan harta manusia yang paling berharga. Orang yang membuang masa dengan percuma sebenarnya telah menganiaya dirinya sendiri.
- Imam Al- Banna pula berpesan; "Janganlah kamu habiskan masa kamu dan saudaramu pada perkara yang tidak memberi faedah,"Harta benda, wang ringgityang hilang boleh dicari ganti tetapi masa yang hilang masakan dapat dicari ganti. Oleh itu setiap pelajar janganlah hendaknya suka membuang masadan suka bertangguhdaripada memulakan atau melakukan sesuatu aktiviti pembelajaran. Bagi pelajar yang suka bertangguh mereka sebaiknya membaca dan meneliti dan mengambil pelajaran hadis Nabi berikut yang bermaksud; "Jika Qiamat akan berlaku dan ditangan kamu pada masa itu ada benih kurma dan jika kamu masih sempat menanamnya maka hendaklah kamu menanamnya".
Pengajaran dari hadis di atas ini jelas menunjukkan bahawa jika anda mempunyai kesempatan atau peluang maka hendaklah anda merebut dan mempergunakan peluang dan kesempatan itu dengan sebaik mungkin tanpa berlengah atau bertangguh lagi.
Sebagai pelajar, masa merupakan elemen yang sangat penting dan perlu diambil perhatian yang sewajarnya. Dengan adanya masa, pelajar dapat melakukan aktiviti pembelajaran dan aktiviti lain yang berfaedah bagi menjamin masa depan yang gemilang pada masa akan datang. Masa ialah satu modal atau saham yang sangat berharga yang tidak boleh dibeli, dipuarkan supaya menjadi laju atau lambat. Oleh itu, kita perlu menghargai masa bagi mengelakkan perbuatan yang mendorong kepada membazir masa. Setiap masa yang terluang hendaklah diisi dengan aktiviti yang berfaedah.
KEPENTINGAN JADUAL WAKTU
Jadual waktu sangat penting iaitu kita dapat mengurus aktiviti harian kita dan dapat membuat perancangan terhadap aktiviti yang dilakukan seharian. Terdapat beberapa faedah yang dapat kita peroleh daripada menyediakan jadual waktu. Antaranya ialah :
- Dapat menilai kembali apa yang telah kita lakukan.
- Dapat menilai sama ada aktiviti yang kita lakukan itu memberikan faedah atau sebaliknya.
- Dapat menguruskan masa yang ada dengan cara yang berkesan dan dapat memberikan faedah paling optimum.
- Dapat menjalankan kebanyakan aktiviti yang dirancang setiap hari.
- Dapat melatih diri agar berdisiplin dalam menepati masa. Keadaan ini membolehkan kita mengamalkan cara hidup yang lebih sempurna.
- Dapat mempelbagai aktiviti yang perlu kita lakukan. Ini perlu dilakukan bagi menjamin dan membolehkan kita menjadi seorang yang serba boleh.
- Dapat mendorong ke arah pencapaian kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang kita ceburi, baik kehidupan dunia atau akhirat.
- Dapat mengelakkan amalan suka bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti yang lebih digemari dan mengabaikan pula aktiviti lain yang berguna.
- Menyedarkan diri cara mengurus masa berkesan.
- Dapat mengimbangkan pembahagian masa terhadap pelbagai jenis aktiviti yang akan dilakukan.
- Terdapat perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dalam penyediaan jadual waktu agar jadual waktu yang telah disediakan tersebut mempunyai ciri-ciri yang baik dan sempurna.
- Tentukan tujuan dan objektif penyediaan dan kegunaan jadual itu.
- Fikirkan aktiviti yang anda lakukan sesuai dengan tujuan dan objektif yang dinyatakan.
- Pertimbangkan dengan sewajarnya tentang aktiviti yang perlu dilakukan sebagai pelajar.
- Berikan keutamaan kepada aktiviti yang akan dilakukan pada pagi, petang dan malam sebagai seorang pelajar.
- Pertimbangkan jumlah masa yang perlu diperuntukkan bagi setiap aktiviti. Utamakan mata pelajaran yang dianggap susah atau kurang diminati.
- Nyatakan jenis mata pelajaran yang perlu diulangkaji atau disediakan mengikut keutamaan atau mengikut kesesuaian anda sebagai seorang pelajar.
- Susun mata pelajaran yang perlu diulangkaji dengan sebaiknya agar tidak mengelirukan.
- Peruntukan jumlah masa bagi membuat tugasan seperti kerja sekolah, kerja rumah, membuat nota dan sebagainya.
- Pelajar perlu memberikan keutamaan aktiviti yang lebih penting untuk dilaksanakan terlebih dahulu.
- Masa rehat atau aktiviti riadah perlu juga dimasukkan dalam jadual waktu. Kita bukan sahaja mahu cemerlang dalam pelajaran tetapi juga sihat tubuh badan.
- Memanfaatkan masa lapang.
- Masa perlu dimanfaatkan dengan baik bagi mengelakkan berlakunya pembaziran. Bukan sahaja makanan yang dibazirkan malah masa juga mengalami masalah "pembaziran". Masa sela ialah masa yang singkat-singkat yang boleh dimanfaakan oleh pelajar. Antaranya ialah :
- Semasa menunggu kenderaan.
- Semasa menaiki kenderaan dalam perjalanan pergi dan balik sekolah ke tempat belajar.
- Semasa menunggu pengajar datang memberi pengajaran setiap hari.
- Semasa menunggu kelas amali dimulakan.
- Masa rehat yang berlebihan.
- Semasa menunggu masa makan pagi, tengahari, petang dan malam.
- Masa antara kuliah.
- Aktiviti yang boleh dilakukan pada sela masa.
- Membaca bacaan awal atau sepintas lalu tentang tajuk yang telah diajar sebelumnya atau tajuk yang akan diajar oleh guru ataupun dipanggil sebagai "pra-bacaan".
- Membaca nota ringkas, nota neumonik, formula, melihar gambarajah dan sebagainya.
- Membaca nota kecil yang mudah dibawa.
- Antara cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan pembaziran masa ialah:
- Berdoa kehadrat Allah s.w.t. agar mampu melakukannya.
- Berniat dengan bersungguh untuk melakukannya.
- Keazaman dan kesungguhan yang tinggi.
- Ketabahan dan kesabaran untuk melakukan dan berkorban.
- Sentiasa berfikir dan menyedari kesan buruk jika gagal menguruskan masa dengan baik.
- Menilai dan mengingat kembali objektif, niat dan tujuan asal membuat jadual waktu dan melakukan proses pembelajaran setiap hari.
- Elakkan suka bertangguh.
- Jika anda rasa malas, ingatkan semula matlamat dan tujuan anda belajar ke sekolah
Bertanya ditakrifkan sebagai satu aktiviti pembelajaran yang dilakukan oleh orang belum, tidak tahu atau kurang pengetahuan terhadap sesuatu perkara. Aktiviti bertanya berlaku apabila sesuatu konsep yang kurang difahami. Untuk mendapatkan penjelasan dan sesuatu keterangan dan untuk mendapatkan kepastian. Pelajar yang sering bertanya akan mendapat banyak maklumat. Faedah yang boleh diperolehi adalah seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;
"Terdapat empat faedah dan kebaikan bertanya, pertama kepada tukang tanya, kedua kepada orang yang kena tanya, ketiga kepada orang yang mendengar dan keempat kepada orang yang suka kepada tiga golongan orang di atas"
(Abu Naim)
Sesuatu pertanyaan itu mestilah dilakukan pada tempat, keadaan, cara dan masa yang sesuai dan betul. Ini perlu dilakukan supaya pertanyaan itu dapat difahami dan difahami oleh guru serta tidak mendatangkan kesan yang buruk. Terdapat beberapa tempat atau kaedah yang dicadangkan untuk bertanya, antaranya adalah seperti berikut.
- Mengetahui tabiat seorang pengajar.
- Pengajaran yang diberikan kurang jelas.
- Bertanya terus kepada guru.
- Tidak meliputi tajuk-tajuk atau perkara yang tidak berkaitan.
- Menghadiri Pengajaran Di dalam Kelas.
- Aktiviti pendidikan di Malaysia berlaku di dalam kelas. Oleh yang demikian para pelajar dikehendaki mendengar, memahami, menulis (mencatat nota), dan mengingat semua maklumat yang disampaikan oleh guru. Dalam proses pembelajaran dalam kelas, beberapa amalan perlu diketahui oleh pelajar. Di antara amalan itu termasuklah;
- Mengetahui tajuk yang akan diajar.
- Membaca sepintas lalu mengenai tajuk tersebut.
- Membuat nota ringkas dan
- Membawa nota-nota ringkas berkenaan di dalam kelas.
- Antara-antara adab dan peraturan yang boleh dicontohi semasa menghadiri kelas ialah :
- Meminta restu daripada ibu bapa.
- Memulakan dengan bacaan Bismillah ….,
- Berdoa memohon berkat ketika melangkah ke sekolah
- Datang lebih awal, masuk ke kelas dengan memberi ucapan salam
- Duduk di meja hadapan kelas bagi meningkatkan konsentrasi di dalam kelas
- Menyediakan peralatan belajar dengan selengkapnya
- Menumpukan perhatian dengan fikiran yang tenang
- Membuat dan mencatat nota tambahan
- Bertanya guru jika terdapat keraguan dan
- Semak semula nota yang dicatat apabila kelas telah selesai
No comments:
Post a Comment