Tuesday, 15 October 2013

Kemahiran Menulis

 Isahak Haron(1979) berpendapat kemahiran menulis (karangan) adalah mustahak dalam kegiatan-kegiatan pendidikan formal kerana kebanyakan jawapan dalam ujian dan peperiksaan rasmi adalah memerlukan pengucapan idea, pendapat, fakta dan lain-lainnya disampaikan melalui kemahiran bahasa tulisan yagn sifat bahasanya adalah formal. Mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajar di sekolah mengambil kira tiga kemahiran yang utama iaitu lisan, bacaan dan penulisan. Pengajaran lisan dan bacaan tidak begitu menimbulkan masalah kerana bahan-bahan teks untuk pengajaran tersebut telah sedia ada dan murid-murid hanya perlu membuat rujukan sahaja. Sebaliknya dalam penulisan, guru menghadapi masalah kerana murid-murid perlu menampilkan idea sendiri dengan bantuan guru dan murid tidak pula berusaha untuk menulis karangan dengan baik. (Kamaruddin Hj Husin, 1988).


 Di Barat, banyak kajian telah dibuat tentang penggunaan blog dalam penulisan dan proses pengajaran dan pembelajaran. Banyak pendapat telah dikemukakan tentang penggunaan blog dalam penulisan dan kemahiran menulis. Menurut Nelson dan Fernheimer (2003) blog boleh digunakan sebagai buku karangan maya pelajar di laman web. Manakala, Hurlbert (2005) menyatakan bahawa blog meningkatkan kemahiran menulis, kebolehan menulis dengan lebih baik dan mengkayakan kebolehan mengekspresi diri kita dalam bentuk cetakan. Manakala Bernstein (2004) mengatakan bahawa kerap menulis meningkatkan penulisan, menulis untuk pembacaan pembaca meningkatkan penulisan, penulisan yang bertujuan meningkatkan penulisan, menulis dengan komputer meningkatkan penulisan. Sloan(2005). Blog menawarkan peluang yang unik untuk pelajar menulis secara konsisten. Guru-guru boleh menggunakan blog untuk mempromosikan penulisan dan menambah kandungan pelajaran mereka dalam mana-mana disiplin pembelajaran sosial. Perbincangan berbentuk forum dalam talian mewarisi ciri kurang mengugut daripada perbincangan bersemuka, dan memberi peluang kepada pelajar untuk bercakap dengan lebih liberal tentang sesuatu topik tanpa berasa bimbang akan pandangan orang lain.

 Tinjauan literatur mencadangkan blog boleh digunakan secara positif untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa dan muzik. Kennedy(2003) melaporkan tentang pengintegrasian blog dalam kelas bahasa Inggeris di sekolah menengah dan mengatakan bahawa penerbitan web menyediakan pelajar dengan pembaca yang sebenar dan apabila digunakan secara optimum, satu suasana kolaborasi untuk pelajar memberi dan menerima maklum balas, mengajuk atau meniru cara penulis profesional menggunakan persekitaran bengkel untuk menghasilkan kraf mereka.(seperti yang dicatat dalam Barlett-Bragg, 2003). Tambahan pula, blog boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran menulis pelajar seperti yang dibincangkan dalam literatur terdahulu (Godwin-Jones, 2003; Hernandez-Ramos,2004; Johnson 2004; Huffaker, 2005). Manakala Wickersham dan Chambers (2006) juga mencatatkan bahawa penggunaan portfolio elektronik memindahkan tanggungjawab pembelajaran kepada para pelajar, membenarkan mereka untuk melibatkan diri dan komited sepanjang proses pembelajaran dan dengan itu mengekalkan fokus pada suasana pembelajaran berpusatkan pelajar. Ellison dan Wu (2008) pula menyatakan bahawa pelajar lebih berusaha dalam penulisan mereka jika mereka tahu bahawa mereka menulis untuk semua pembaca di internet dan rakan sebaya, daripada kepada guru sahaja. Hakikatnya, blog mendedahkan pelajar kepada bilangan pembaca yang lebih ramai, kita boleh menjangkakan bahawa pelajar mungkin akan lebih berhati-hati dlaam penulisan secara dalam talian (daripada menghantar buku karangan kepada guru) Salah satu usaha awal menceritakan potensi blog dalam bilik darjah ialah artikel Oravec(2002), “Bookmarking the world”. Oravec membahas bahawa perkembangan blog membolehkan pelajar untuk menghasilkan satu suara penulisan dan menjadi lebih analitik dan kritik. Melalui respon yang aktif terhadap bahan dalam internet, pelajar boleh mendefinisikan kedudukan mereka dalam konteks penulisan mereka juga membentuk persepektif mereka dalam isu tertentu. (Richardson ,2005)mengatakan bahawa It will move writing as product to writing as conversation or contribution. Because of blogging, writing will take on more meaningful outcomes.

  Menurut Snow (2002), memahami sesuatu teks ialah proses berurutan penyuntingan dan pembentukan makna berdasarkan kebolehan, pengetahuan serta pengalaman seorang pembaca. Manakala, Vaughn et. al. (2000) pula menekankan, ramai murid memerlukan bimbingan dalam kemahiran membaca untuk meningkatkan kebolehan mereka memahami sesuatu teks. Kajian menunjukkan bahawa “...menggunakan strategi kefahaman dalam kalangan pelajar sekolah dapat meningkatkan kebolehan mereka memahami sesuatu teks.” (Eilers & Pinkley, 2006; Garner & Buchna, 2004)

Friday, 11 October 2013

Teknologi Maklumat

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang teknologi maklumat?

Klik di sini

Kemahiran Membaca

Kemahiran Membaca
Membaca ialah proses berfikir yang melibatkan pemikiran perkara tersurat, tersirat, menghubungkaitkan idea, menyoal dan bertindak balas dengan memberikan idea dan mengaplikasikan maklumat baru ke dalam situasi baru.
Kemahiran yang digunakan semasa membaca
1.      Sebelum membaca
Ø  Menentukan bahan yang dibaca
Ø  Menentukan cara bahan disusun
Ø  Menentukan perkara yang perlu diingat dalam sesuatu bahan
Ø  Tujuan membaca
2.      Semasa membaca
Ø  Mengenal pasti isi-isi penting
Ø  Mengenal pasti pola pemikiran penulis
Ø  Menghubungkaitkan idea-idea
Ø  Meramal apa yang berlaku
Ø  Menghubungkan idea penulis dengan maklumat yang sudah diketahui
3.      Selepas membaca
Ø  Mengenal pasti tujuan penulis
Ø  Menganalisis teknik dan bahasa penulis
Ø  Menilai kewibawaan dan kecekapan penulis
Ø  Menyoal soalan kritis
Ø  Menilai sifat dan jenis bukti yang digunakan oleh penulis
Saniah Sayuto et al. (2000) menyatakan kemahiran membaca terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu :
(a)    Bacaan secara pantas
(i)                 Skimming
-          Skimming ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan padat tentang sesuatu bahan atau maklumat. Cara ini bertujuan bagi mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh tentang sesuatu bahan atau dokumen.
-          Skimming merupakan satu bentuk kemahiran membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan atau idea utama dalam sesuatu bahan

(ii)               Scanning
-          Imbasan ialah kemahiran bahasa yang digunakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada skimming.
-          Bacaan secara imbasan dilakukan bertujuan bagi mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan.
-          Membaca secara imbasan ialah membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam, membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep.
(b)   Bacaan secara kritis
(i)                 KWLH
·         Bacaan intensif ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci dan ia sangat memerlukan penumpuan yang teliti terhadap bahan atau dokumen yang dibaca.
·         Model bacaan ini mampu untuk menjana pemikiran pelajar yang aktif ketika membaca.
·         K (know) – Apa yang diketahui
·         W (what) – Apa yang hendak diketahui
·         L (learned) – Apa yang hendak dipelajari semasa membaca bahan bacaan
·         H (how) – Tambahan maklumat berkenaan tajuk yang diajar
·         Juga melibatkan pelajar untuk meninjau apa yang telah diketahui, apa yang akan diketahui, apa yang sudah dipelajari selepas membaca dan bagaimana perkara-perkara tambahan yang ingin diketahui dapat dipelajari.

(ii)               SQ3R
·         S (survey) – Baca sepintas lalu
·         Q (question) – Menyoal
·         R (read) – Membaca
·         R (recite) – Menyebut semula
·         R (review) – Menyemak
·         Tindakan bacaan ini meminta pelajar membuat analisis mendalam tentang bahan yang dibaca. Teknik SQ3R sangat berkesan dalam pembelajaran bahasa.
·         Langkah-langkah membaca menggunakan teknik membaca SQ3R ialah :
                                                                    i.            Lihat tajuk utama sepintas lalu bagi melihat idea keseluruhan
                                                                  ii.            Tukarkan tajuk menjadi soalan.
                                                                iii.            Baca keseluruhan bahagian bagi mendapatkan jawapan.
                                                                iv.            Selepas membaca petikan, susun idea dan isi penting dengan bimbingan guru.
                                                                  v.            Menyebut tajuk utama bagi setiap bahagian, perenggan melalui ingatan bagi menjawab soalan.

Panduan bagi mendapatkan kesan pembacaan yang minimum
1.      Membaca dengan berhati-hati.
2.      Membaca secara menyeluruh.
3.      Membaca secara berulang-ulang.
4.      Membaca dalam suasana yang selesa.
5.      Berada dalam keadaan yang selesa.

6.      Baca secara berperingkat.

Tuesday, 1 October 2013

ALAT-ALAT BERFIKIR BAHAGIAN 2

SOALAN BERCAPAH

  • Aras tinggi
  • Jawapan atau respons luas
  • Bersifat terbuka
  • Lebih bersifat subjektif
  • Sesuai menguji penaakulan dan pentaksiran
SOALAN BERTUMPU
  • Aras rendah
  • Jawapan atau respons terhad
  • Bentuk tertutup
  • Sesuai menguji daya ingatan
  • Lebih bersifat objektif
LINGKARAN SOALAN
  • Soalan jenis ini telah diperkenalakanoleh Christenbury dan Kelly (1983) dan telah diperkenalkan di Malaysia oleh William W. Wilen pada 1994.
  • Lingkaran soalan memberi tumpuan kepada tiga skop khusus Perkara (P), Individu (I), Luar Individu (LI).
SOALAN SOCRATES
  • Deep question dan perbincangan Socrates.
  • Pemikiran pelajardicabar dan diperkembang.
ARAS-ARAS PENYOALAN MENGIKUT 'TAKSONOMI BLOOM'
  1. Pengetahuan - ingat fakta dan definisi
  2. Kefahaman - terangkan idea yang telah difahami
  3. Aplikasi - guna kemahiran dan pengetahuan untuk situasi baru
  4. Analisis - asingkan yang besar kepada yang kecil
  5. Sintesis - gabungkan unsur dan perkara untuk menghasilkan hasilan yang baru
  6. Penilaian - buat pemilihan, rasional, keputusan serta beri alasan dan lain-lain.
ALAT BERFIKIR CORT 1
Alat berfikir cort (Cognitive Research Trust) telah mula diperkenalkan oleh Edward De Bono.
Alat berfikir telah terbahagi kepada 6 bahagian iaitu :
1. Keluasan persepsi
2. Organisasi proses berfikir
3. Pemikiran kritis
4. Pemikiran kreatif
5. Maklumat dan perasaan 
6. Tindakan
TEKNIK-TEKNIK CoRT : 
  1. PMI ( Plus Minus Interesting )
       -Baik, buruk, menarik
       -Meluaskan pandangan orang lain
       -Berfikir tentang kebaikan, kelemahan dan perkara menarik tentang sesuatu perkara.
      
     2. CAT ( Consider All Factors)
       -Ambil kira semua faktor
       -Keputusan yang dibuat akan mempengaruhi individu dan persekitaran

     3. C & S ( Consequences & Sequal )
        -Kesan mengikut jangka masa
        -Kaji akibat kesan-kesan tertentu

     4. AGO ( Aim Goal Objective )
       -Tujuan matlamat6 objektif
       -Tentukan hala tuju, fokus, matlamat utama dan elakkan penyelewengan

     5. FIP ( First Important Priorities)
        -Kepentingan Utama
        - Kenal pasti keutamaan yang memerlukan tindakan

     6. OPV ( Other People View )
       -Pandangan Orang Lain
       -Pentingkan pandangan dan pendapat orang lain
       -kaji kesan terhadap orang lain