Isahak Haron(1979) berpendapat kemahiran menulis (karangan) adalah mustahak dalam kegiatan-kegiatan pendidikan formal kerana kebanyakan jawapan dalam ujian dan peperiksaan rasmi adalah memerlukan pengucapan idea, pendapat, fakta dan lain-lainnya disampaikan melalui kemahiran bahasa tulisan yagn sifat bahasanya adalah formal. Mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajar di sekolah mengambil kira tiga kemahiran yang utama iaitu lisan, bacaan dan penulisan. Pengajaran lisan dan bacaan tidak begitu menimbulkan masalah kerana bahan-bahan teks untuk pengajaran tersebut telah sedia ada dan murid-murid hanya perlu membuat rujukan sahaja. Sebaliknya dalam penulisan, guru menghadapi masalah kerana murid-murid perlu menampilkan idea sendiri dengan bantuan guru dan murid tidak pula berusaha untuk menulis karangan dengan baik. (Kamaruddin Hj Husin, 1988).
Di Barat, banyak kajian telah dibuat tentang penggunaan blog dalam penulisan dan proses pengajaran dan pembelajaran. Banyak pendapat telah dikemukakan tentang penggunaan blog dalam penulisan dan kemahiran menulis. Menurut Nelson dan Fernheimer (2003) blog boleh digunakan sebagai buku karangan maya pelajar di laman web. Manakala, Hurlbert (2005) menyatakan bahawa blog meningkatkan kemahiran menulis, kebolehan menulis dengan lebih baik dan mengkayakan kebolehan mengekspresi diri kita dalam bentuk cetakan. Manakala Bernstein (2004) mengatakan bahawa kerap menulis meningkatkan penulisan, menulis untuk pembacaan pembaca meningkatkan penulisan, penulisan yang bertujuan meningkatkan penulisan, menulis dengan komputer meningkatkan penulisan. Sloan(2005). Blog menawarkan peluang yang unik untuk pelajar menulis secara konsisten. Guru-guru boleh menggunakan blog untuk mempromosikan penulisan dan menambah kandungan pelajaran mereka dalam mana-mana disiplin pembelajaran sosial. Perbincangan berbentuk forum dalam talian mewarisi ciri kurang mengugut daripada perbincangan bersemuka, dan memberi peluang kepada pelajar untuk bercakap dengan lebih liberal tentang sesuatu topik tanpa berasa bimbang akan pandangan orang lain.
Tinjauan literatur mencadangkan blog boleh digunakan secara positif untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa dan muzik. Kennedy(2003) melaporkan tentang pengintegrasian blog dalam kelas bahasa Inggeris di sekolah menengah dan mengatakan bahawa penerbitan web menyediakan pelajar dengan pembaca yang sebenar dan apabila digunakan secara optimum, satu suasana kolaborasi untuk pelajar memberi dan menerima maklum balas, mengajuk atau meniru cara penulis profesional menggunakan persekitaran bengkel untuk menghasilkan kraf mereka.(seperti yang dicatat dalam Barlett-Bragg, 2003). Tambahan pula, blog boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran menulis pelajar seperti yang dibincangkan dalam literatur terdahulu (Godwin-Jones, 2003; Hernandez-Ramos,2004; Johnson 2004; Huffaker, 2005). Manakala Wickersham dan Chambers (2006) juga mencatatkan bahawa penggunaan portfolio elektronik memindahkan tanggungjawab pembelajaran kepada para pelajar, membenarkan mereka untuk melibatkan diri dan komited sepanjang proses pembelajaran dan dengan itu mengekalkan fokus pada suasana pembelajaran berpusatkan pelajar. Ellison dan Wu (2008) pula menyatakan bahawa pelajar lebih berusaha dalam penulisan mereka jika mereka tahu bahawa mereka menulis untuk semua pembaca di internet dan rakan sebaya, daripada kepada guru sahaja. Hakikatnya, blog mendedahkan pelajar kepada bilangan pembaca yang lebih ramai, kita boleh menjangkakan bahawa pelajar mungkin akan lebih berhati-hati dlaam penulisan secara dalam talian (daripada menghantar buku karangan kepada guru) Salah satu usaha awal menceritakan potensi blog dalam bilik darjah ialah artikel Oravec(2002), “Bookmarking the world”. Oravec membahas bahawa perkembangan blog membolehkan pelajar untuk menghasilkan satu suara penulisan dan menjadi lebih analitik dan kritik. Melalui respon yang aktif terhadap bahan dalam internet, pelajar boleh mendefinisikan kedudukan mereka dalam konteks penulisan mereka juga membentuk persepektif mereka dalam isu tertentu. (Richardson ,2005)mengatakan bahawa It will move writing as product to writing as conversation or contribution. Because of blogging, writing will take on more meaningful outcomes.
Menurut Snow (2002), memahami sesuatu teks ialah proses berurutan penyuntingan dan pembentukan makna berdasarkan kebolehan, pengetahuan serta pengalaman seorang pembaca. Manakala, Vaughn et. al. (2000) pula menekankan, ramai murid memerlukan bimbingan dalam kemahiran membaca untuk meningkatkan kebolehan mereka memahami sesuatu teks. Kajian menunjukkan bahawa “...menggunakan strategi kefahaman dalam kalangan pelajar sekolah dapat meningkatkan kebolehan mereka memahami sesuatu teks.” (Eilers & Pinkley, 2006; Garner & Buchna, 2004)
Tuesday, 15 October 2013
Friday, 11 October 2013
Kemahiran Membaca
Kemahiran Membaca
Membaca ialah proses berfikir yang melibatkan
pemikiran perkara tersurat, tersirat, menghubungkaitkan idea, menyoal dan
bertindak balas dengan memberikan idea dan mengaplikasikan maklumat baru ke
dalam situasi baru.
Kemahiran yang digunakan semasa membaca
1. Sebelum
membaca
Ø Menentukan
bahan yang dibaca
Ø Menentukan
cara bahan disusun
Ø Menentukan
perkara yang perlu diingat dalam sesuatu bahan
Ø Tujuan
membaca
2. Semasa
membaca
Ø Mengenal
pasti isi-isi penting
Ø Mengenal
pasti pola pemikiran penulis
Ø Menghubungkaitkan
idea-idea
Ø Meramal
apa yang berlaku
Ø Menghubungkan
idea penulis dengan maklumat yang sudah diketahui
3. Selepas
membaca
Ø Mengenal
pasti tujuan penulis
Ø Menganalisis
teknik dan bahasa penulis
Ø Menilai
kewibawaan dan kecekapan penulis
Ø Menyoal
soalan kritis
Ø Menilai
sifat dan jenis bukti yang digunakan oleh penulis
Saniah Sayuto et al. (2000) menyatakan kemahiran membaca
terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu :
(a) Bacaan
secara pantas
(i)
Skimming
-
Skimming ialah kemahiran membaca untuk
mendapatkan maklumat ringkas dan padat tentang sesuatu bahan atau maklumat.
Cara ini bertujuan bagi mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh tentang
sesuatu bahan atau dokumen.
-
Skimming merupakan satu bentuk kemahiran
membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan atau idea utama dalam sesuatu
bahan
(ii)
Scanning
-
Imbasan ialah kemahiran bahasa yang
digunakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada skimming.
-
Bacaan secara imbasan dilakukan
bertujuan bagi mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu
persoalan.
-
Membaca secara imbasan ialah membaca
pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam, membaca kandungan bab dengan
pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep.
(b) Bacaan
secara kritis
(i)
KWLH
·
Bacaan intensif ialah kemahiran membaca
untuk mendapatkan maklumat terperinci dan ia sangat memerlukan penumpuan yang
teliti terhadap bahan atau dokumen yang dibaca.
·
Model bacaan ini mampu untuk menjana
pemikiran pelajar yang aktif ketika membaca.
·
K (know) – Apa yang diketahui
·
W (what) – Apa yang hendak diketahui
·
L (learned) – Apa yang hendak dipelajari
semasa membaca bahan bacaan
·
H (how) – Tambahan maklumat berkenaan
tajuk yang diajar
·
Juga melibatkan pelajar untuk meninjau
apa yang telah diketahui, apa yang akan diketahui, apa yang sudah dipelajari selepas
membaca dan bagaimana perkara-perkara tambahan yang ingin diketahui dapat
dipelajari.
(ii)
SQ3R
·
S (survey) – Baca sepintas lalu
·
Q (question) – Menyoal
·
R (read) – Membaca
·
R (recite) – Menyebut semula
·
R (review) – Menyemak
·
Tindakan bacaan ini meminta pelajar
membuat analisis mendalam tentang bahan yang dibaca. Teknik SQ3R sangat
berkesan dalam pembelajaran bahasa.
·
Langkah-langkah membaca menggunakan
teknik membaca SQ3R ialah :
i.
Lihat tajuk utama sepintas lalu bagi
melihat idea keseluruhan
ii.
Tukarkan tajuk menjadi soalan.
iii.
Baca keseluruhan bahagian bagi
mendapatkan jawapan.
iv.
Selepas membaca petikan, susun idea dan
isi penting dengan bimbingan guru.
v.
Menyebut tajuk utama bagi setiap
bahagian, perenggan melalui ingatan bagi menjawab soalan.
Panduan bagi mendapatkan kesan pembacaan
yang minimum
1. Membaca
dengan berhati-hati.
2. Membaca
secara menyeluruh.
3. Membaca
secara berulang-ulang.
4. Membaca
dalam suasana yang selesa.
5. Berada
dalam keadaan yang selesa.
6. Baca
secara berperingkat.
Tuesday, 1 October 2013
ALAT-ALAT BERFIKIR BAHAGIAN 2
SOALAN BERCAPAH
- Aras tinggi
- Jawapan atau respons luas
- Bersifat terbuka
- Lebih bersifat subjektif
- Sesuai menguji penaakulan dan pentaksiran
- Aras rendah
- Jawapan atau respons terhad
- Bentuk tertutup
- Sesuai menguji daya ingatan
- Lebih bersifat objektif
- Soalan jenis ini telah diperkenalakanoleh Christenbury dan Kelly (1983) dan telah diperkenalkan di Malaysia oleh William W. Wilen pada 1994.
- Lingkaran soalan memberi tumpuan kepada tiga skop khusus Perkara (P), Individu (I), Luar Individu (LI).
- Deep question dan perbincangan Socrates.
- Pemikiran pelajardicabar dan diperkembang.
- Pengetahuan - ingat fakta dan definisi
- Kefahaman - terangkan idea yang telah difahami
- Aplikasi - guna kemahiran dan pengetahuan untuk situasi baru
- Analisis - asingkan yang besar kepada yang kecil
- Sintesis - gabungkan unsur dan perkara untuk menghasilkan hasilan yang baru
- Penilaian - buat pemilihan, rasional, keputusan serta beri alasan dan lain-lain.
Alat berfikir cort (Cognitive Research Trust) telah mula diperkenalkan oleh Edward De Bono.
Alat berfikir telah terbahagi kepada 6 bahagian iaitu :
1. Keluasan persepsi
2. Organisasi proses berfikir
2. Organisasi proses berfikir
3. Pemikiran kritis
4. Pemikiran kreatif
5. Maklumat dan perasaan
6. Tindakan
TEKNIK-TEKNIK CoRT :
- PMI ( Plus Minus Interesting )
-Meluaskan pandangan orang lain
-Berfikir tentang kebaikan, kelemahan dan perkara menarik tentang sesuatu perkara.
2. CAT ( Consider All Factors)
-Ambil kira semua faktor
-Keputusan yang dibuat akan mempengaruhi individu dan persekitaran
3. C & S ( Consequences & Sequal )
-Kesan mengikut jangka masa
-Kaji akibat kesan-kesan tertentu
4. AGO ( Aim Goal Objective )
-Tujuan matlamat6 objektif
-Tentukan hala tuju, fokus, matlamat utama dan elakkan penyelewengan
5. FIP ( First Important Priorities)
-Kepentingan Utama
- Kenal pasti keutamaan yang memerlukan tindakan
6. OPV ( Other People View )
-Pandangan Orang Lain
-Pentingkan pandangan dan pendapat orang lain
-kaji kesan terhadap orang lain
Sunday, 29 September 2013
ALAT-ALAT BERFIKIR BAHAGIAN 1
1. PENGURUSAN GRAFIK
Pengurusan grafik merupakan salah satu bentuk lakaran ata ilustrasi yang dapat membantu mengurus cara berfikir seseorang ke rah yang lebih tersusun dan mantap.Pengurusan grafik ialah satu pendekatan yang memuatkan keseluruhan ruang maklumat dalam satu lembaran kertas.Pengurusan grafik menyediakan visual, gambar yang holistik mengenai fakta dan konsep serta perkaitan keduanya.Ia juga dkenali dengan peta kognitif.
Conto-contoh pengurusan grafik ialah :

- Gambar Rajah Venn
- Carta
- Graf
- Peta minda
- Jadual Matrik Grid Gaya Pengurusan
- Rajah Lingkaran
- pengurusan grafik dapat membantu pengajaran dan pembelajaran kepada kaedah yang lebih berkesan.
- dapat membantu merancang dan menyusun idea pelajar yang ingin membuat persembahan sesuatu projek secara berkumpulan.
- dapat meningkatkan kemahiran komunikasi seseorang. Penggunaan pengurusan grafik secara terancang dan bertepatan dengan objektifpengajaran dapat memaksimumkan kemahiran komunikasi guru dan pelajar.
- dapat mengenal pasti proses pemikiran kendiri seseorang.
- Boleh dijadikan alat bahan bantu mengajar.
2. PETA MINDA
Tony Buzan (1984) telah memperkenalkan peta minda dan berpendapat peta minda sangat berkesan sebagai suatu alat untuk mencatat nota ringkas.
Carol et al (2000) pula mengatakan bahawa peta minda merupakan suatu alat kemahiran berfikir yang dapat mengorgaisasi maklumat, berupaya membantu pelajar memahami objektif dan konsep dengan jelas.
Penggunaan peta minda dapat membolehkan seseorang menggabungkan fungsi otak kiri dengan bahagian otak kanan. Dengan menggunakan peta minda, daya ingatan akan dapat dipertingkatkan. Pembelajaran secara hafalan dapat digabungkan dengan peta minda dan justeru dapat menjana pemikiran kreatif dan kritis.
Guru akan dapat membantu guru dalam perancang proses pengajaran dan pembelajaran.
3. SOALAN-PENYOALAN
Bloom (1979) telah mengemukakan satu taksonomi kemahiran kognitif yang terdiri daripada enam hierarki soalan yang menggalakkan pelajar berfikir seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
- Jenis dan bentuk soalan
- Soalan bertumpu (konvergen)
-Soalan bercapah (divergen)
-Lingkaran soalan
Saturday, 21 September 2013
Kemahiran berfikir volume 2
KEMAHIRAN BERFIKIR
Modul Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif ( KBKK ) ialah satu perkara yang sangat penting dalam program Sekolah Bestari .Kemahiran ini perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk melengkapkan diri masing-maisng dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan .
· Ø Konsep berfikir secara kreatif dan kritis
· Ø Alat-alat berfikir
· Ø Kemahiran Berfikir secara Kritis
· Ø Kemahiran Berfikir secara Kreatif
· Ø Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
Objektif kemahiran berfikir ialah :
Ø Mendapat pengetahuan mengenai kemahiran berfikir secara kritis dan krestif dengan lebih mantap .
Ø Mengaplikasikan kemahiran menyoal ,peta minda ,pengurusan grafik dan alat berfikir CoRT 1 dalam pengajaran dan pembelajaran .
Ø Mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan .
Ø Mengamalkan refleksidan metakognitif dalam pengajaran dan pembelajaran dan dalam situasi harian .
Ø Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak .
Ø Membina dam memupuk kesedaran berfikir di kalangan pelajar .
Ø Mengamalkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam pelbagai situasi dan seterusnya mengamalkan budaya berfikir .
Definisi Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif menurut tokoh tersohor :
· Definisi sebenar Kemahiran Berfikir masih tidak dapat diketahui kerana ramai tokoh pemikir yang mempunyai pendapat masing-masing tentang maksud sebenar kemahiran berfikir . Antara pendapat –pendapat tokoh pemikir adalah seperti berikut :
Ø George pada tahun 1970 melihat pemikiran sebagai satu proses pnyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks .
Ø Edward de Bono pada tahun 1976 mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah malah berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah .
Ø Mayer pada tahun 1977 berpendapat bahawa Kemahiran Berfikir ialah melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau system kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah .
Ø Chaffee pada tahun 1988 pula member pendapat bahawa kemahiran Berfikir adalah pemikiran yang merupakan proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah .
Ø Pendapat seorang lagi tokoh pemikir iaitu Vincent Ryan Ruggiero pada tahun 1984 ialah “ Thinking is any mental activity that’s helps formulate or solve a problem ,make a decision ,fulfill a desire to understand .It is a researching for answers ,a reaching for meaning” .“ I define thinking as a research for meaning and understanding that can involve the adventurous generation of options ,the attempt to arrive at logical ,reasonable jugements, and reflection on the process” . Ini adalah pendapat yang dijelaskan oleh John Barell pada tahun 1991 . Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu , dan menerokai pelbagai idea yang diungkapkan serta pelbagai ciptaan dan membuat keputusan. Selain itu, dapat menyelesaikan masalah dan membuat refleksi serta metakognitif terhadap proses yang dialami.

JENIS-JENIS KEMAHIRAN BERFIKIR
KOMPONEN UTAMA DALAM KEMAHIRAN BERFIKIR
Komponen utama KBKK:
Berfikir secara kritis,
Berfikir secara kreatif.
Apakah kemahiran berfikir secara kritis?
KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.
Apakah kemahiran berfikir secara kreatif?
Kecekapan menggunakan minda untuk:
menjana dan menghasilkan idea,
mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif.
CONTOH-CONTOH KEMAHIRAN BERFIKIR
Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis:
· membanding dan membeza:
· membuat kategori,
· meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
· menerangkan sebab.
· membuat sekuen / urutan.
· menentukan sumber yang dipercayai,
· membuat ramalan,
· mengusul periksa andaian,
· membuat inferens
Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:
· mencipta analogi
· menjana dan menghasilkan idea baru
· mencipta metafora,

Subscribe to:
Posts (Atom)