Sunday, 29 September 2013

ALAT-ALAT BERFIKIR BAHAGIAN 1

1. PENGURUSAN GRAFIK
Pengurusan grafik merupakan salah satu bentuk lakaran ata ilustrasi yang dapat membantu mengurus cara berfikir seseorang ke rah yang lebih tersusun dan mantap.Pengurusan grafik ialah satu pendekatan yang memuatkan keseluruhan ruang maklumat dalam satu lembaran kertas.Pengurusan grafik menyediakan visual, gambar yang holistik mengenai fakta dan konsep serta perkaitan keduanya.Ia juga dkenali dengan peta kognitif.
     Conto-contoh pengurusan grafik ialah :

  • Gambar Rajah Venn
  • Carta
  • Graf
  • Peta minda
  • Jadual Matrik Grid Gaya Pengurusan
  •  Rajah Lingkaran
Tujuan Penggunaan Pengurusan Grafik ialah :
  1. pengurusan grafik dapat membantu pengajaran dan pembelajaran kepada kaedah yang lebih berkesan.
  2. dapat membantu merancang dan menyusun idea pelajar yang ingin membuat persembahan sesuatu projek secara berkumpulan.
  3. dapat meningkatkan kemahiran komunikasi seseorang. Penggunaan pengurusan grafik secara terancang dan bertepatan dengan objektifpengajaran dapat memaksimumkan kemahiran komunikasi guru dan pelajar.
  4. dapat mengenal pasti proses pemikiran kendiri seseorang.
  5. Boleh dijadikan alat bahan bantu mengajar.
2. PETA MINDA
   Tony Buzan (1984) telah memperkenalkan peta minda dan berpendapat peta minda sangat berkesan sebagai suatu alat untuk mencatat nota ringkas.
  Carol et al (2000) pula mengatakan bahawa peta minda merupakan suatu alat kemahiran berfikir yang dapat mengorgaisasi maklumat, berupaya membantu pelajar memahami objektif dan konsep dengan jelas.
   Penggunaan peta minda dapat membolehkan seseorang menggabungkan fungsi otak kiri dengan bahagian otak kanan. Dengan menggunakan peta minda, daya ingatan akan dapat dipertingkatkan. Pembelajaran secara hafalan dapat digabungkan dengan peta minda dan justeru dapat menjana pemikiran kreatif dan kritis.
    Guru akan dapat membantu guru dalam perancang proses pengajaran dan pembelajaran.
3. SOALAN-PENYOALAN
  Bloom (1979) telah mengemukakan satu taksonomi kemahiran kognitif yang terdiri daripada enam hierarki soalan yang menggalakkan pelajar berfikir seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
  • Jenis dan bentuk soalan
     -Soalan yang berdasarkan kata tanya (1 husband and 4 wives)
    - Soalan bertumpu (konvergen)
    -Soalan bercapah (divergen)
    -Lingkaran soalan

 

Saturday, 21 September 2013

Kemahiran berfikir volume 2

KEMAHIRAN BERFIKIR

   Modul Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif ( KBKK ) ialah  satu perkara yang sangat penting dalam program Sekolah Bestari .Kemahiran ini perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk melengkapkan diri masing-maisng dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan .

·         Ø Konsep berfikir secara kreatif dan kritis
·         Ø Alat-alat berfikir
·         Ø Kemahiran Berfikir secara Kritis
·         Ø Kemahiran Berfikir secara Kreatif
·         Ø Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

Objektif kemahiran berfikir ialah :

Ø Mendapat pengetahuan mengenai kemahiran berfikir secara kritis dan krestif dengan lebih mantap .  
Ø Mengaplikasikan kemahiran menyoal ,peta minda ,pengurusan grafik dan alat berfikir CoRT 1 dalam pengajaran dan pembelajaran .
 Ø Mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan .
 Ø Mengamalkan refleksidan metakognitif dalam pengajaran dan pembelajaran dan dalam situasi harian .
Ø Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak .
Ø Membina dam memupuk kesedaran berfikir di kalangan pelajar .
Ø Mengamalkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam pelbagai situasi dan seterusnya mengamalkan budaya berfikir .


  Definisi Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif menurut tokoh tersohor :

·         Definisi sebenar Kemahiran Berfikir masih tidak dapat diketahui kerana ramai tokoh pemikir yang mempunyai pendapat masing-masing tentang maksud sebenar kemahiran berfikir . Antara pendapat –pendapat tokoh pemikir adalah seperti berikut :
 Ø George pada tahun 1970 melihat pemikiran sebagai satu proses pnyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks .
 Ø Edward de Bono pada tahun 1976 mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah malah berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah .
Ø Mayer pada tahun 1977 berpendapat bahawa Kemahiran Berfikir ialah melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau system kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah .
Ø Chaffee pada tahun 1988 pula member pendapat bahawa kemahiran Berfikir adalah pemikiran yang merupakan proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah .
 Ø Pendapat seorang lagi tokoh pemikir iaitu Vincent Ryan Ruggiero pada tahun 1984 ialah “ Thinking is any mental activity that’s helps formulate or solve a problem ,make a decision ,fulfill a desire to understand .It is a researching for answers ,a reaching for meaning” .“ I define thinking as a research for meaning and understanding that can involve the adventurous generation of options ,the attempt to arrive at logical ,reasonable jugements, and reflection on the process” . Ini adalah pendapat yang dijelaskan oleh John Barell pada tahun 1991 .  Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu , dan menerokai pelbagai idea yang diungkapkan serta pelbagai ciptaan dan membuat keputusan. Selain itu, dapat menyelesaikan masalah dan membuat refleksi serta metakognitif terhadap proses yang dialami.

KEMAHIRAN BERFIKIR

JENIS-JENIS KEMAHIRAN BERFIKIR

KOMPONEN UTAMA DALAM KEMAHIRAN BERFIKIR
 Komponen utama KBKK:
Berfikir secara kritis,
Berfikir secara kreatif.
 Apakah kemahiran berfikir secara kritis?

    KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan  dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan  kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.

 Apakah kemahiran  berfikir secara kreatif?

Kecekapan menggunakan minda untuk:
menjana dan menghasilkan idea,
mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai  sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
menerokai dan mencari makna , pemahaman  dan penyelesaian masalah seacara inovatif.
CONTOH-CONTOH KEMAHIRAN BERFIKIR

 Contoh-contoh  kemahiran berfikir secara kritis:

·         membanding dan membeza:
·         membuat kategori,
·         meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
·         menerangkan sebab.
·         membuat sekuen / urutan.
·         menentukan sumber yang dipercayai,
·         membuat ramalan,
·         mengusul periksa andaian,
·         membuat inferens

Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:

·         mencipta analogi
·         menjana dan menghasilkan idea baru

·         mencipta metafora,

Tuesday, 17 September 2013

Kemahiran Berfikir

KEMAHIRAN BERFIKIR



Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.



KONSEP BERFIKIR

• Edward de Bono ( 1976 )

- Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.

• Dewey ( 1910 ) menegaskan :

- Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.

• Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.



Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumus sebagai :

“ Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.



PROSES BERFIKIR



• Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu :



i. Operasi Kognitif

- adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain.

ii. Operasi Meta kognitif

- merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen berfikir.

PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR

• Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif.

• Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah.

• Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiap kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manafaatnya.

• Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara logik, kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

• Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah hasil yang diharapkan.

• Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir.

• Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih baik. Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau melencong dari skop atau landasan yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah di akhiri dengan tindakan yang seharusnya mendatangkan kesan yang baik pada orang lain.



TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR

1. Teori Kemahiran Berfikir : Robert Sperry.


- Teori Robert Sperry menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan. Manakala bahagian kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi.

Berdasarkan huraian di atas, untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah dikembangkan.



2. Teori Pelbagai Kecerdasan : Howard Gardner.


- Howard berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Menurutnya manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu;

i. Kecerdasan linguistik

ii. Kecerdasan logical-matematik

iii. Kecerdasan visual-Spatial

iv. Kecerdasan muzik

v. Kecerdasan tubuh kinestetik

vi. Kecerdasan interpersonal

vii. Kecerdasan intrapersonal

Dengan kecerdasan ini beliau percaya ia boleh dikembangkan dan dapat diajar di sekolah-sekolah.



3. Teori Epistemologi : Imam Al-Ghazali.


- Beliau merupakan tokoh Islam. Al-Ghazali membahagikan Sains dan pengetahuan kepada ilmu kekal dan ilmu sementara. Ilmu kekal datangnya dari Tuhan semata-mata. Ilmu sementara pula berupa ilmu binaan manusia samada hasil kajian atau teori atau hasil pengalaman langsung. Ilmu ciptaan manusia tergolong dalam Ilmu Aqli (akal).

Ilmu Naqli atau ilmu wahyu merupakan jenis pengetahuan asas yang mesti diketahui untuk membantu penaakulan dan mengupas kewujudan diri.

Ilmu Aqli merupakan hasil pemikiran dan kajian yang sah. Beliau mendefinisikan penaakulan sebagai kelayakan yang membolehkan seseorang individu menanggapi ilmu pengetahuan dan berfikir tentang sesuatu yang boleh difikirkan.



4. Teori Konstruktivisme


- Teori ini menganggap bahawa pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah, dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu. Mengikut Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif dengan menggunakan cara membanding maklumat yang baru dengan pengalaman sedia ada. Ia juga melibatkan proses metakognitif disamping proses kognitif, di mana ia melibatkan operasi mengarah dan mengawal proses kognitif tersebut.



ALAT BERFIKIR


- Penguasaan murid terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Contoh alat berfikir yang biasa digunakan ialah pengurusan grafik, peta minda dan alat CORT. Ia dapat membantu murid bagi mengimbas kembali maklumat berkaitan yang boleh digunakan untuk membantu mengabungkan maklumat-maklumat baru.



JENIS-JENIS PEMIKIRAN


• Pemikiran Konverger


-Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen ialah salah satu jenis daya berfikir. Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan yang lazim. Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada. Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara tertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Ia juga disebut pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis.

Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membeza.

Pemikiran Konvergen berdasarkan pengetahuan / pengalaman sedia ada.

Jawapan Tunggal

Masalah Tertutup


• Pemikiran Divergen.



- Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai sudut. Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai. Idea yang terhasil juga asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif. Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendaar atau lateral dan mempunyai unsure intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.


• Pemikiran Reflektif



- Menurut Birchall (1992) pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman-pengalaman sedia ada untuk menimbang kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya.

Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat pemikiran reflektif adalah berhubung rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain.


TIPS BELAJAR DAN MENGAMBIL PEPERIKSAAN


 TIPS UNTUK BERJAYA

  KEMAHIRAN MENYOAL DALAM PROSES PEMBELAJARAN.

Bertanya ditakrifkan sebagai satu aktiviti pembelajaran yang dilakukan oleh orang belum, tidak tahu atau kurang pengetahuan terhadap sesuatu perkara. Aktiviti bertanya berlaku apabila sesuatu konsep yang kurang difahami. Untuk mendapatkan penjelasan dan sesuatu keterangan dan untuk mendapatkan kepastian. Pelajar yang sering bertanya akan mendapat banyak maklumat. Faedah yang boleh diperolehi adalah seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;
"Terdapat empat (4) faedah dan kebaikan bertanya, pertama kepada tukang tanya, kedua kepada orang yang kena tanya, ketiga kepada orang yang mendengar dan keempat kepada orang yang suka kepada tiga golongan orang di atas"
(Abu Naim)
Sesuatu pertanyaan itu mestilah dilakukan pada tempat, keadaan, cara dan masa yang sesuai dan betul. Ini perlu dilakukan supaya pertanyaan itu dapat difahami dan diterima, difahami oleh guru serta tidak mendatangkan kesan yang buruk. Terdapat beberapa tempat atau kaedah yang dicadangkan untuk bertanya, antaranya adalah seperti berikut.
Mengetahui tabiat seorang pengajar.
Pengajaran yang diberikan kurang jelas.
Bertanya terus kepada guru.
Tidak meliputi tajuk-tajuk atau perkara yang tidak berkenaan.
Menghadiri Pengajaran Di dalam Kelas.
Aktiviti pendidikan di Malaysia berlaku di dalam kelas. Oleh yang demikian para pelajar dikehendaki mendengar, memahami, menulis (mencatat nota), dan mengingat semua maklumat yang disampaikan oleh guru. Dalam proses pembelajaran dalam kelas, beberapa amalan perlu diketahui oleh pelajar. Di antara amalan itu termasuklah;
Mengetahui tajuk yang akan diajar.
Membaca sepintas lalu mengenai tajuk tersebut.
Membuat nota ringkas dan
Membawa nota-nota ringkas berkenaan di dalam kelas.
Terdapat beberapa adab atau peraturan ketika menghadiri kelas iaitu
Meminta restu daripada ibu bapa.
Memulakan dengan bacaan Bismillah ….,
Berdoa memohon berkat ketika melangkah ke sekolah
Datang lebih awal, masuk ke kelas dengan ucapan salam
Duduk di hadapan kelas
Menyediakan peralatan belajar dengan selengkapnya
Menumpukan perhatian dengan fikiran yang tenang
Membuat dan mencatat nota tambahan
Bertanya guru jika terdapat keraguan dan
Semak semula nota yang dicatat apabila kelas telah selesai.



KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN
Teknik membuat rujukan ini akan membantu para pelajar mengenalpasti sumber-sumber lain selain daripada buku teks seperti dengan cara bertemu, bertanya dan berbincang dengan orang yang lebih arif. Sesuai sekali dengan firman Allah yang bermaksud;
"Bertanyalah kamu kepada ahli-ahli jika kamu tidak mengetahui"
(Al-Nahl: 43)
Tujuan utama aktiviti membuat rujukan ini ialah untuk melengkapkan dan menambahkan fakta yang diperolehi daripada proses pengajaran guru. Ia juga bertujuan meluaskan lagi pengetahuan yang sedang dan telah dipelajari.
Beberapa faedah telah dikenalpasti yang boleh diperolehi di antaranya ialah;
Dapat menambah dan melengkapkan fakta tentang sesuatu tajuk.
Menambahkan kefahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu sepertikonsep, contoh, masalah, formula dan sebagainya
Dapat membetulkan mana-mana fakta atau konsep yang tersalah catat
Dapat meningkatkan motivasi dan minat serta daya tarikan terhadap pelajaran
Dapat menjamin meningkatkan hasil laporan, laporan projek dan sebagainya.





KEMAHIRAN BELAJAR SECARA BERKUMPULAN.
Belajar secara berkumpulan merupakan satu aktiviti yang sangat digalakkan. Dalam aktiviti ini para pelajar digalakkan bertukar-tukar fikiran dan saling bantu-membantu. Tuntutan adalah selaras dengan firman Allah yang bermaksud; "Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk kebajikan dan bertaqwa dan jangan bertong-tolong pada melakukan dosa dan kemungkaran"
(Al-Maidah: 2)
Beberapa panduan dalam melakukan aktiviti belajar secara berkumpulan. Panduan tersebut adalah seperti berikut;
Bentuk kumpulan seramai 5 – 10 orang.
setiap kumpulan perlu mempunyai ketua.
Lantiklah seorang pencatat.
Tetapkan satu tarikh pertemuan yang telah dipersetujui bersama
Tetapkan tajuk yang akan dibincangkan lebih awal.
Lakukan aktiviti pembelajaran ditempat yang sesuai.
Sediakan peralatan secukupnya dan
Duduklah dalam bulatan ketika memulakan perbincangan.
Terdapat juga tatacara yang perlu dilakukan seperti;
Ahli mesti patuh kepada ketua yang dilantik.
Ahli mesti membuat sedikit persediaan terhadap tajuk yang akan dibincangkan.
Hadkan masa yang digunakan.
Mendengar dan memberi pendapat dengan baik.
Lakukan penilaian terhadap pencapaian pembelajaran dan
Ahli digalakkan menyalin fakta yang telah disampaikan.
Banyak faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti belajar secara berkumpulan seperti;
Dapat menjimatkan masa.
Dapat mengumpulkan isi dengan lebih banyak.
Dapat meningkatkan minat dan motivasi terhadap pelajaran.
Dapat mengelakkan rasa jemu dan bosan.
Dapat mengelakkan rasa mengantuk.
Dapat mengurangkan rasa malas belajar.
Dapat memupuk rasa setiakawan.
Dapat menambah, mengingat dan mengembangkan ilmu secara berkesan.




TEKNIK-TEKNIK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Sepatutnya anda dapat dikatakan pakar dalam hal ini, kerana kekerapan anda mengambil peperiksaan semenjak kecil lagi. Namun begitu , anda mungkin lupa sesuatu, ataupun tidak tahu teknik-teknik yang dapat membantu kecekapan anda. Berikut beberapa panduan dan teknik yang dapat mengurangkan ketegangan menghadapi peperiksaan.
PERSIAPAN.
Persiapan pada sebelum malam peperiksaan.
Pelajar-pelajar suka belajar hingga larut malam terutama sekali pada malam sebelum peperiksaan. Sepatutnya amalan ini ditinggalkan dan sebaliknya anda cuba berehat. Tidur awal membolehkan anda berasa tenang dan bertenaga semasa menghadapi peperiksaan pada keesokannya harinya.
Tanamkan azam dan semangat berjaya dan ini dapat diperkuatkan sekiranya anda telah mematuhi strategi belajar yang bermula pada awal semester. Letakkan (gambar) di dinding dengan tulisan seperti ‘Anda Boleg Berjaya1' atau ‘You Can Do It'.
Kurangkan meminum minuman the dan kopi. Jangan gunakan dadah perangsang seperti Amfetamin atau ‘Pep Pills' yang senang disalahgunakan oleh pelajar semasa hendak mengambil peperiksaan.
Kumpulkan semua barang yang perlu dibawa ke dewan peperiksaan seperti beberapa batang pensil, pen, pemadam atau tip-ex, kad metrik atau kad pengenalan dan sebagainya.
PAGI HARI PEPERIKSAAN
Pastikan anda makan sarapan yang mencukupi kerana anda memerlukan tenaga mental dan fizikal sepanjang hari.
Sekiranya anda perlu pengangkutan untuk ke dewan peperiksaan, anggarkan masa yang diperlukan, supaya anda tidak lewat.
Apabila sampai ke dewan peperiksaan anda akan melihat keadaan seperti ini: Ada pelajar yang masih sedang menyemak nota, ada yang sedang berbincang dan ada yang bergelak ketawa antara mereka. Ada baiknya anda menjauhkan diri daripada mereka supaya anda tidak merasa panik. Misalnya, apabila berbual mungkin anda mendapati bahawa anda terlupa belajar sesuatu dan ini akan menakutkan anda. Kalau perlu dan kalau ada masa, belek nota-nota supaya segala yang dipelajari segar dalam ingatan.
Apabila dibenarkan masuk ke dalam dewan, tentukan bahawa tempat duduk anda memuaskan. Adakah tempat itu terlalu sejuk atau terlalu panas? Bagaimana dengan cahaya lampu? Adakah meja tulis dan kerusi sesuai?
HARI PEPERIKSAAN
* Tindakan berikut perlu anda jalankan pada hari peperiksaan
Pastikan pusat, bangunan dan lokasi peperiksaan. Aktiviti ini sangat penting bagi calon persendirian terutama yang menduduki satu peperiksaan sahaja.
Semak peraturan peperiksaan sama ada peraturan umum atau khas.
Sampai ke pusat peperiksaan awal supaya jangan terburu-buru.
Baca dengan teliti format dan arahan kertas peperiksaan.
Pilih soalan yang terbail untuk dijawab. Beberapa soalan yang boleh dijawab dengan baik iaitu boleh memberikan banyak markah perlu dipilih sebelum menjawab.
Tulis dengan jelas dan cepat
Peruntukan masa bagi setiap jawapan perlu dikawal.
Masa menulis perlu digunakan dengan sepenuhnaya.
Jangan tinggalkan dewan peperiksaan sebelum kertas jawapan dipungut oleh para pengawas peperiksaan.

BUNTU FIKIRAN/TEKANAN FIZIKAL DAN PSIKOLOGIKAL PADA MUSIM PEPERIKSAAN.
Ia boleh diatasi dengan pencegahan
Ia boleh disebabkan oleh kurang persediaan, ulangan atau ualangkaji
Jalankan kegiatan ulangan tiap-tiap hari dan minggu.
Pelajar dinasihatkan supaya jangan gementar
Bernafas panjang dan dalam
Bersantai iaitu berehat
Cuba ingatkan baik dengan mengingati fakta yang berkaitan dengan fakta yang dilupai – cuba cari pertaliannya.
Rujuk balik kepada nota (bukan semasa peperiksaan)
Akibat kurang tidur, atau salah makan
Jalankan senaman ringan untuk mengurangkan ketegangan.

KELETIHAN FIZIKAL DAN CARA MENGATASINYA
Jaga masa tidur.
Rehatkan tangan, mata dan otot-otot semasa menjawab soalan sekali sekala.
Ambil angin sebentar
Basuh muka dengan air sejuk
MASALAH SEMASA PEPERIKSAAN 

SERANGAN GEMENTAR DAN CARA MENGATASINYA
Persediaan lebih awal
Kawalan mental melalui latihan
Kawalan fizikal melalui latihan
Bersantai – mental/fizikal
Cuba berhentikan rasa gementar dengan menggenggam tangan
Kawal nafas , cuba bertenang. Kurangkan kecepatan bernafas.
Rehatkan fikiran
Gantikan fikiran cemas dan tegang dengan positif
Hindarkan mengingati pemikiran yang menyebabkan panik

MAKLUMAT PEPERIKSAAN
Nama pusat peperiksaan
Nombor pusat
Angka giliran
Lokasi tempat
Keadaan fizikal bilik/kawasan
Kenderaan
Sistem peperiksaan (syarat untuk lulus)
MAKLUMAT TENTANG KERTAS.
Nombor kertas
Tarikh
Masa
Sesi/Bahagian kertas
Arahan spesifik
Format
DOA DAN SEMBAHYANG SUNAT UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Sembahyang hajat
Doa keluar rumah
Doa naik kenderaan
Doa apabila menemui sesuatu yang sukar
Doa apabila hati menghadapi kesedihan
Doa apabila terkena kesedihan hati
Doa aneka macam kesusahan

HARI PEPERIKSAAN
Ulang pelajaran
Tidur awal
Doa sebelum tidur
Sembahyang fardu/sunat selepas bangun
Sampai awal di pusat peperiksaan.
TEKNIK MENJAWAB
Panduan Umum
Jawab soalan yang boleh dijawab dahulu
Pilih soalan yang boleh dijawab dengan baik dahulu
Tinggal dahulu soalan yang sukar
Baca soalan dengan tenang dan jangan gopoh
Rancang jawapan (lakar jawapan)a
2.Ujian Objektif

Baca arahan dengan teliti
Baca dengan cepat semua soalan dahulu
Jawab dengan cepat yang pasti betul jawapannya
Balik kepada soalan-soalan yang belum berjawab. Analisa soalan-soalan yang sukar untuk mendapatkan perkataan kunci atau bayangan (clue)
Baca beberapa kali
Pilih dan buang jawapan yang tidak tepat/rapat dengan soalan.
Jangan terus ketepikan jawapan "semuanya di atas" atau "bukan di atas"
Pilih jawapan "semuanya di atas" apabila semua pilihan jawapan betul.
Baca jawapan untuk memahami soalan
Padankan soalan dengan setiap jawapan cara berasingan. Ini mungkin boleh menolong mendapatkan jawapan yang baik/tepat walaupun ia tidak merupakan yang setepatnya. Ini lebih baik daripada cuba mengagak saja.
Olah balik soalan suapaya senang difahami. Cari contoh-contoh yang boleh menambah kefahaman kita terhadap soalan. Baca balik soalan asal dan cuba dapatkan jawapan yang setepat mungkin.
Gunakan maklumat/pengetahuan yang ada dalam soalan dan jawapan yang lain
Cuba teka adalah usaha terakhir
Semak jawapan

Friday, 13 September 2013

Kemahiran pengurusan masa dan kemahian penyoalan

PENGURUSAN MASA

Harga dan kepentingan masa kepada manusia.Profesor Yusof al-Qurdhwi menyatakan bahawa: Masa merupakan harta manusia yang paling berharga. Orang yang membuang masa dengan percuma sebenarnya  telah menganiaya dirinya sendiri.
  • Imam Al- Banna pula berpesan; "Janganlah kamu habiskan masa kamu dan saudaramu pada perkara yang tidak memberi faedah,"Harta benda, wang ringgityang hilang boleh dicari ganti tetapi masa yang hilang masakan dapat dicari ganti. Oleh itu setiap pelajar janganlah hendaknya suka membuang masadan suka bertangguhdaripada memulakan atau melakukan sesuatu aktiviti pembelajaran. Bagi pelajar yang suka bertangguh mereka sebaiknya membaca dan meneliti dan mengambil pelajaran hadis Nabi berikut yang bermaksud; "Jika Qiamat akan berlaku dan ditangan kamu pada masa itu ada benih kurma dan jika kamu masih sempat menanamnya maka hendaklah kamu menanamnya".

Pengajaran dari hadis di atas ini jelas menunjukkan bahawa jika anda mempunyai kesempatan atau peluang maka hendaklah anda merebut dan mempergunakan peluang dan kesempatan itu dengan sebaik mungkin tanpa berlengah atau bertangguh lagi.
Sebagai pelajar, masa merupakan elemen yang sangat penting dan perlu diambil perhatian yang sewajarnya. Dengan adanya masa, pelajar dapat melakukan aktiviti pembelajaran dan aktiviti lain yang berfaedah bagi menjamin masa depan yang gemilang pada masa akan datang. Masa ialah satu modal atau saham yang sangat berharga yang tidak boleh dibeli, dipuarkan supaya menjadi laju atau lambat. Oleh itu, kita perlu menghargai masa bagi mengelakkan perbuatan yang mendorong kepada membazir masa. Setiap masa yang terluang hendaklah diisi dengan aktiviti yang berfaedah.

KEPENTINGAN JADUAL WAKTU
Jadual waktu sangat penting iaitu kita dapat mengurus aktiviti harian kita dan dapat membuat perancangan terhadap aktiviti yang dilakukan seharian. Terdapat beberapa faedah yang dapat kita peroleh daripada menyediakan jadual waktu. Antaranya ialah :
  • Dapat menilai kembali apa yang telah kita lakukan.
  • Dapat menilai sama ada aktiviti yang kita lakukan itu memberikan faedah atau sebaliknya.
  • Dapat menguruskan masa yang ada dengan cara yang berkesan dan dapat memberikan faedah paling optimum.
  • Dapat menjalankan kebanyakan aktiviti yang dirancang setiap hari.
  • Dapat melatih diri agar berdisiplin dalam menepati masa. Keadaan ini membolehkan kita mengamalkan cara hidup yang lebih sempurna.
  • Dapat mempelbagai aktiviti yang perlu kita lakukan. Ini perlu dilakukan bagi menjamin dan membolehkan kita menjadi seorang yang serba boleh.
  • Dapat mendorong ke arah pencapaian kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang kita ceburi, baik kehidupan dunia atau akhirat.
  • Dapat mengelakkan amalan suka bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti yang lebih digemari dan mengabaikan pula aktiviti lain yang berguna.
  • Menyedarkan diri cara mengurus masa berkesan.
  • Dapat mengimbangkan pembahagian masa terhadap pelbagai jenis aktiviti yang akan dilakukan.
  • Terdapat perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dalam penyediaan jadual waktu agar jadual waktu yang telah disediakan tersebut mempunyai ciri-ciri yang baik dan sempurna.
  • Tentukan tujuan dan objektif penyediaan dan kegunaan jadual itu.
  • Fikirkan aktiviti yang anda lakukan sesuai dengan tujuan dan objektif yang dinyatakan.
  • Pertimbangkan dengan sewajarnya tentang aktiviti yang perlu dilakukan sebagai pelajar.
  • Berikan keutamaan kepada aktiviti yang akan dilakukan pada pagi, petang dan malam sebagai seorang pelajar.
  • Pertimbangkan jumlah masa yang perlu diperuntukkan bagi setiap aktiviti. Utamakan mata pelajaran yang dianggap susah atau kurang diminati.
  • Nyatakan jenis mata pelajaran yang perlu diulangkaji atau disediakan mengikut keutamaan atau mengikut kesesuaian anda sebagai seorang pelajar.
  • Susun mata pelajaran yang perlu diulangkaji dengan sebaiknya agar tidak mengelirukan.
  • Peruntukan jumlah masa bagi membuat tugasan seperti kerja sekolah, kerja rumah, membuat nota dan sebagainya.
  • Pelajar perlu memberikan keutamaan aktiviti yang lebih penting untuk dilaksanakan terlebih dahulu.
  • Masa rehat atau aktiviti riadah perlu juga dimasukkan dalam jadual waktu. Kita bukan sahaja mahu cemerlang dalam pelajaran tetapi juga sihat tubuh badan.
  • Memanfaatkan masa lapang.
  • Masa perlu dimanfaatkan dengan baik bagi mengelakkan berlakunya pembaziran. Bukan sahaja makanan yang dibazirkan malah masa juga mengalami masalah "pembaziran". Masa sela ialah masa yang singkat-singkat yang boleh dimanfaakan oleh pelajar. Antaranya ialah :
  • Semasa menunggu kenderaan.
  • Semasa menaiki kenderaan dalam perjalanan pergi dan balik sekolah ke tempat belajar.
  • Semasa menunggu pengajar datang memberi pengajaran setiap hari.
  • Semasa menunggu kelas amali dimulakan.
  • Masa rehat yang berlebihan.
  • Semasa menunggu masa makan pagi, tengahari, petang dan malam.
  • Masa antara kuliah.
  • Aktiviti yang boleh dilakukan pada sela masa.
  • Membaca bacaan awal atau sepintas lalu tentang tajuk yang telah diajar sebelumnya atau tajuk yang akan diajar oleh guru ataupun dipanggil sebagai "pra-bacaan".
  • Membaca nota ringkas, nota neumonik, formula, melihar gambarajah dan sebagainya.
  • Membaca nota kecil yang mudah dibawa.
  • Antara cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan pembaziran masa ialah:
  • Berdoa kehadrat Allah s.w.t. agar mampu melakukannya.
  • Berniat dengan bersungguh untuk melakukannya.
  • Keazaman dan kesungguhan yang tinggi.
  • Ketabahan dan kesabaran untuk melakukan dan berkorban.
  • Sentiasa berfikir dan menyedari kesan buruk jika gagal menguruskan masa dengan baik.
  • Menilai dan mengingat kembali objektif, niat dan tujuan asal membuat jadual waktu dan melakukan proses pembelajaran setiap hari.
  • Elakkan suka bertangguh.
  • Jika anda rasa malas, ingatkan semula matlamat dan tujuan anda belajar ke sekolah
KEMAHIRAN MENYOAL DALAM PROSES PEMBELAJARAN
Bertanya ditakrifkan sebagai satu aktiviti pembelajaran yang dilakukan oleh orang belum, tidak tahu atau kurang pengetahuan terhadap sesuatu perkara. Aktiviti bertanya berlaku apabila sesuatu konsep yang kurang difahami. Untuk mendapatkan penjelasan dan sesuatu keterangan dan untuk mendapatkan kepastian. Pelajar yang sering bertanya akan mendapat banyak maklumat. Faedah yang boleh diperolehi adalah seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;
"Terdapat empat faedah dan kebaikan bertanya, pertama kepada tukang tanya, kedua kepada orang yang kena tanya, ketiga kepada orang yang mendengar dan keempat kepada orang yang suka kepada tiga golongan orang di atas"
(Abu Naim)

Sesuatu pertanyaan itu mestilah dilakukan pada tempat, keadaan, cara dan masa yang sesuai dan betul. Ini perlu dilakukan supaya pertanyaan itu dapat difahami dan difahami oleh guru serta tidak mendatangkan kesan yang buruk. Terdapat beberapa tempat atau kaedah yang dicadangkan untuk bertanya, antaranya adalah seperti berikut.
  • Mengetahui tabiat seorang pengajar.
  • Pengajaran yang diberikan kurang jelas.
  • Bertanya terus kepada guru.
  • Tidak meliputi tajuk-tajuk atau perkara yang tidak berkaitan.
  • Menghadiri Pengajaran Di dalam Kelas.
  • Aktiviti pendidikan di Malaysia berlaku di dalam kelas. Oleh yang demikian para pelajar dikehendaki mendengar, memahami, menulis (mencatat nota), dan mengingat semua maklumat yang disampaikan oleh guru. Dalam proses pembelajaran dalam kelas, beberapa amalan perlu diketahui oleh pelajar. Di antara amalan itu termasuklah;
  • Mengetahui tajuk yang akan diajar.
  • Membaca sepintas lalu mengenai tajuk tersebut.
  • Membuat nota ringkas dan
  • Membawa nota-nota ringkas berkenaan di dalam kelas.
  • Antara-antara adab dan peraturan yang boleh dicontohi semasa menghadiri kelas ialah :
  • Meminta restu daripada ibu bapa.
  • Memulakan dengan bacaan Bismillah ….,
  • Berdoa memohon berkat ketika melangkah ke sekolah
  • Datang lebih awal, masuk ke kelas dengan memberi ucapan salam
  • Duduk di meja hadapan kelas bagi meningkatkan konsentrasi di dalam kelas
  • Menyediakan peralatan belajar dengan selengkapnya
  • Menumpukan perhatian dengan fikiran yang tenang
  • Membuat dan mencatat nota tambahan
  • Bertanya guru jika terdapat keraguan dan
  • Semak semula nota yang dicatat apabila kelas telah selesai

Tuesday, 10 September 2013

TIPS BELAJAR BIJAK

1.      Mulakan pembelajaran pada awal pagi.
Cuba bangun pada awal pagi untuk mengulang kaji pelajaran. Awal pagi merupakan waktu yang paling sesuai kerana badan berasa segar dan dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang dibaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan mulakan hari dengan azam untuk berjaya.

2.      Membuat jadual waktu
Aturkan jadual waktu yang sepenuhnya iaitu dengan mengatur masa bagi setiap aktiviti yang hendak dilakukan pada hari tertentu. Jadual yang dibuat tersebut hendaklah dipatuhi tanpa syarat dan jangan membuat jadual mengikut perasaan. Peruntukan masa yang sewajarnya untuk belajar dan jadual tersebut juga hendaklah mempunyai aktiviti riadah agar badan kekal sihat.

3.      Membuat soalan-soalan latihan yang lepas
Pastikan setelah selesai melakukan ulang kaji atau proses pembelajaran, hendaklah menjawab contoh-contoh soalan. Biasakan diri untuk mencuba menjawab soalan yang sering keluar dalam peperiksaan agar kita memahami corak soalan yang sering ditanya dalam peperiksaan.
4.      Sentiasa mengulang kaji pelajaran meskipun tajuk yang sama.
Fakta atau bahan yang dibaca harus diulang sebanyak yang mungkin tanpa had. Anda boleh mengulangi sebanyak yang mungkin agar apa yang kita baca benar-benar kita fahami. Apabila ditanya dalam peperiksaan, anda akan mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan yang diajukan dengan betul.

5.      Jangan malu bertanya sekiranya tidak faham
Sekiranya tidak faham, pergi berjumpa dengan guru untuk bertanya tentang permasalahan yang dihadapi dalam pelajaran terutamanya dalam mata pelajaran matematik. Meskipun sudah faham, anda masih boleh bertanya bagi menguatkan kefahaman.

6.      Beri fokus kepada mata pelajaran yang lemah.
Jika lemah dalam sesuatu dalam mata pelajaran peruntukan masa yang lebih untuk mengulang kaji dalam mata pelajaran tersebut. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang tidak disukai. Buat tanda atau simbol pada sesuatu tajuk atau bab yang tidak difahami. Jangan tinggalkan terus bab tersebut  buku. Sebaliknya jika anda berkemampuan tidak salah membeli buku.

7.      Bijak mengimbangi masa belajar dengan aktiviti kokurikulum.
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan, janganlah terlalu menumpukan dan melibatkan diri secara aktif dalam bidang kokurikulum. Anda hendaklah bijak mengatur masa. Anda hendaklah mempunyai masa ulang kaji yang cukup di rumah iaitu dalam lingkungan 5 hingga 6 jam bagi yang hendak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).



Sunday, 8 September 2013

TIPS BELAJAR CEMERLANG

TIPS BELAJAR DENGAN CEMERLANG


  1. PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN...
  Pengurusan masa yang efektif sangat mempengaruhi kejayaan seseorang. Kegagalan individu dalam mengurus masa menyebabkan gagal untuk berjaya dalam pelajaran dan sering terjebak kepada aktiviti yang tidak berfaedah. 
  Apabila kita bijak mengurus masa dengan berkesa, maka kita akan dapat menguruskan kehidupan dengan teratur tanpa melibatkan istilah bazir masa.Selain itu, pengurusan masa yang efektif dapat membuatkan seseorang itu lebih bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan sesuatu perkara.
 Di sini saya ingin kongsikan 10 tips belajar berkesan yang dipetik daripada buku bertajuk " Jati Diri Penggerak Perubahan", Barbara Bartocci yang diterjemah oleh Sarah Mohd Yusuf (1997).